Brahim’s – jenama Muslim Malaysia yang unggul : Pena Hijau

Brahim’s – jenama Muslim Malaysia yang unggul

Puji kebaikan suami
12 Aug 2020
Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
14 Aug 2020
Puji kebaikan suami
12 Aug 2020
Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
14 Aug 2020
icon follow us

Produk makanan jenama Brahim’s sangat terkenal di kalangan pelajar dan anak perantau Malaysia di luar negara. Keenakan makanan yang dibekalkan oleh Syarikat Brahim’s sedikit sebanyak mengubati kerinduan anak-anak perantau yang menginginkan juadah makanan di Malaysia.

Usahawan melayu Islam, Ibrahim Ahmad Badawi merupakan pengasas kepada produk Brahim’s.  Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan merupakan adik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Louisiana State University. Amerika. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah dalam bidang teknologi pembuatan makanan.

Jenama Brahim’s telah diperkenalkan pada tahun 1986. Pada tahun 1988, Syarikat Dewina Food Industries pula ditubuhkan. Syarikat ini bertanggungjawab untuk memasarkan produk jenama Brahims secara rasmi. Pada awalnya, produk makanan Brahim’s hanya  tertumpu kepada pengeluaran makanan halal kepada pihak tentera di serata dunia.

Produk Brahim’s mula dikomersialkan pada tahun 1995 selepas berjaya disenaraikan dalam  Bursa Saham Malaysia. Produk ini telah menggunakan teknologi pembungkusan yang canggih. Teknologi pembungkusan makanan ini  mula dibangunkan oleh Amerika Syarikat untuk tujuan  kegunaan tentera mereka serta program angkasawan sekitar 1970-an. Penggunaan teknologi oleh Brahim’s menjadikan Malaysia negara ketiga di dunia yang menggunapakai teknologi yang sama selepas Jepun dan Taiwan.

Syarikat Brahim’s telah melakukan pelbagai usaha penyelidikan juga pembangunan yang berterusan bagi mengekalkan kualiti produk makanan yang dikeluarkan. Atas sebab itu, sebuah kilang telah dibuka dengan dilengkapi pelbagai peralatan teknologi tinggi. Kini pada setiap bulan, pek jenama Brahim’s mampu mengeluarkan hampir satu juta pek makanan.

Tahukah anda bahawa angkasawan pertama Malaysia, Datuk Syeikh Muzaffar juga pernah menikmati produk makanan Brahim’s semasa berada di angkasa lepas? Ini salah satu bukti makanan keluaran rakyat Malaysia juga berkualiti tinggi. Ia tidak menggunakan bahan pengawet, tetapi masih mampu bertahan lama bukan sahaja di Malaysia, Malah di ruang angkasa.

Syarikat Brahim’s juga telah mengeluarkan pek makanan kembara bagi memudahkan pengembara mendapatkan makanan halal. Setiap pek kembara yang dikeluarkan dilengkapi dengan sarapan, makanan tengah hari dan juga makan malam. Turut disediakan bersama adalah bubur pulut hitam, biskut, serta set minuman sudu dan garfu.

Ternyata, produk muslim mampu bersaing maju bersama produk antarabangsa dan membina nama yang kukuh di seluruh dunia. Teruslah kita menyokong produk-produk keluaran Muslim, terutamanya buatan Malaysia.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Brahim’s – jenama Muslim Malaysia yang unggul
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more