Tarbiah mengenai doa makan : Pena Hijau
Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
14 Aug 2020
Akhlak mulia asas pembentukan jati diri
15 Aug 2020
Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
14 Aug 2020
Akhlak mulia asas pembentukan jati diri
15 Aug 2020
icon follow us

Hadis-hadis Rasulullah SAW yang telah sampai kepada kita tentang saranan membaca ‘Bismillah ‘sebelum makan ini, atau apa juga perkara baik yang ingin kita lakukan, merupakan suatu didikan yang sangat besar nilainya.

Tidak wajar sekali didikan ini dilihat kecil walau begitu ringkas bacaan ‘Bismillah’ itu. Antara doa-doa makan ringkas yang diajarkan Nabi SAW buat kita ialah seperti yang diriwayatkan dalam kebanyakan kitab hadis seperti berikut:

Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu makan satu makanan, hendaklah dia mengatakan ‘Bismillah’ (dengan nama Allah). Jika dia terlupa membaca bismillah pada awalnya, maka hendaklah dia mengatakan ‘Bismillahi awwalahu wa aakhirahu’ (dengan nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya).” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Daripada Ibnu Abbas r.a, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang Allah memberi makan kepadanya satu makanan, maka hendaklah dia mengatakan ‘Allahumma baariklanaa fiih waath’imna khairan minhu’ (Ya Allah, berkatilah buat kami padanya (makanan itu) dan berikanlah kami makanan yang lebih baik dari itu (di Syurga kelak)).

Dan sesiapa yang Allah beri minumnya susu, maka hendaklah dia mengatakan ‘Allahumma baariklanaa fiih wazidnaa minhu’ (Ya Allah, berkatilah buat kami padanya (minuman itu) dan tambahkanlah kami daripadanya).” (HR at-Tirmidzi)

Subhanallah, mudah dan indahnya ajaran Islam. Ringkas sahaja doa-doa makan ini, tetapi indah dan mendalam sekali maksudnya. Tidak perlu pun kita mengangkat tangan saat berdoa tetapi bacalah dengan penuh harapan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

Malah, dalam Al-Quran, surah al-Alaq, ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, mesej utamanya ialah: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”

Betapa Allah SWT sayangkan kita dan ingin supaya kita ingati-Nya selalu. Agar kita sentiasa berusaha bersungguh-untuk untuk mengingati Allah dalam setiap perbuatan kita. Bukankah Allah telah nyatakan bahawa hanya dengan mengingati-Nya jiwa kita akan tenang?

Ya, tenang itulah yang dicari seluruh manusia yang telah siang malam berhempas pulas membanting tulang mencari kekayaan dunia. Hanya semata-mata untuk mencari tenang yang sebenarnya, tidaklah hadir disebabkan harta tapi hanyalah hadir kerana-Nya.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Tarbiah mengenai doa makan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more