Brahim’s – jenama Muslim Malaysia yang unggul
13 Aug 2020Tarbiah mengenai doa makan
14 Aug 2020Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat semua. Rasanya baru je mama wish hari Jumaat tup tup tengok dah masuk Jumaat semula. Cepatnya masa berlalu kan.. Mama nak share tentang Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua.
Baru semalam mama lihat ada tiktok dari seorang makcik siap berjoget2 seperti orang muda. Alahai terasa janggal sangat melihatnya. Mama ni dah berumur 41 tahun dan mama sentiasa ingatkan diri sendiri yang diri ini dah tak muda macam dulu. Kalau nak buat sesuatu yang agak melampau mama akan ingatkan diri mama macam ni. Ada perkara yang sudah tak sesuai untuk di buat dengan umur sebegini. Jiwa tu memang la sentiasa muda tapi kurang manis kalau tingkah laku pun takde beza dgn orang muda. Mungkin ini hanyalah pendapat mama. Korang rasa macam mana?
Gambar kucing comey sebagai hiasan
Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الْأَمَلِ
Telah mengkhabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab bahawa Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Hati orang tua masih tetap berjiwa muda dalam dua perkara, iaitu; mencintai dunia dan panjang angan-angan.” (HR Bukhari No: 5941) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan Hadith:
1. Rasulullah SAW mengingatkan agar berwaspada dengan keinginan hati yang melalaikan dan melekakan.
2. Kenginan untuk sentiasa muda adalah suatu yang baik jika disalurkan ke tempat yang betul seperti sentiasa muda dan bersemangat melakukan amal soleh.
3. Namun orang tua yang dikurniakan hati dan keinginan yang sentiasa muda dalam dua perkara iaitu; Mencintai dunia dan panjang angan-angan adalah dua perkara yang melalaikan.
4. Tanda cintakan dunia dapat dikenal pasti secara umumnya berdasarkan perkara-perkara ini:
• Hanya nikmat dunia yang menjadi matlamat dan tumpuan.
• Lalai atau lupa kepada matlamat terakhir iaitu akhirat.
• Mengetepikan agama dalam urusan seharian – baik kerana merasakan bahawa ia suatu yang menyukarkan atau tidak relevan dengan kehidupan.
Ayuh berawas dengan keinginan yang melalaikan.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor
Sumber : Mamapipie.com