Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu : Pena Hijau

Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu

Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!
Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!
10 Sep 2020
Ciptaan kejadian berpasangan oleh Allah SWT
11 Sep 2020

Renungan Jumaat untuk diri mama dan kita semua. Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu.

Secara peribadi bagi mama, memang susah nak jaga solat sendiri especially solat di awal waktu. Ada masanya berjaya solat di awal waktu, ada masanya terlambat juga. Alangkah seronoknya kalau dapat istiqomah. Semoga tazkirah ini dapat menyedarkan diri mama dan berubah ke arah lebih baik. Amin..

Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Daripada Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahawasanya ia berkata; “Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.”(HR. Tirmidzi No: 155}. Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

1.  Keutamaan amalan kepada seorang Muslim ialah solat di awal waktu

2.  Sakit dan kematian tidak diduga ketibaannya. Menyegerakan kewajipan yang fardu seperti solat apabila masuk waktu boleh menjadi pendinding kelalaian solat. Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dijemput menghadap Allah. Yang paling dibimbangi, maut menjemput sebelum sempat solat kerana tidak menunaikannya pada awal waktu

3.  Orang yang melalaikan waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka wail. Firman Allah:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4 )  الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُون (5 

(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.  (al-Maun: 4-5)

Saidina Abbas menerangkan: Wail adalah satu wadi (kawasan lembah yang dalam antara dua gunung dalam neraka jahanam). Ia menjadi tempat kediaman bagi orang yang melewat-lewatkan solat dari waktunya.

Ayuh jaga solat di awal waktu

Sumber: 1 Hari 1 Hadis 

Sumber : Mamapipie.com

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ