Solat Membentuk Peribadi Mulia : Pena Hijau

Solat Membentuk Peribadi Mulia

20240112 jiran rumah kejiranan
Memperkasa Institusi Kejiranan
12 Jan 2024
20231020 palestin free palestine
Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin
26 Jan 2024
20240112 jiran rumah kejiranan
Memperkasa Institusi Kejiranan
12 Jan 2024
20231020 palestin free palestine
Perpaduan : Iktibar Nakbah Palestin
26 Jan 2024
20230908 taubat istiqamah solat
icon follow us

Solat Membentuk Peribadi Mulia | Kita sekarang berada pada bulan Rejab, bulan yang mengajak kita mengimbau dan menghayati suatu peristiwa agung yang berlaku kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam pada bulan tersebut iaitu peristiwa pensyariatan solat.

Solat merupakan satu ibadat yang paling utama dalam Islam. Pensyariatannya diterima oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam pada malam Isra’ dan Mi’raj secara langsung daripada Allah SWT tanpa melalui perantaraan Jibril, berbanding ibadat-ibadat yang lain yang hanya diperintahkan dengan wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam melalui Jibril AS.

Memandangkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan manusia, maka Islam mewajibkan ke atas kedua ibu bapa mengajar, melatih dan menyuruh anak-anak mereka mendirikan solat semenjak berumur tujuh tahun lagi, sekalipun pada ketika itu anak-anak mereka belum lagi mukallaf (aqil baligh), namun tetap menjadi kewajipan ke atas kedua ibu bapa menyuruh mereka melakukannya, jika tidak ibu bapa berkenaan akan menanggung dosa sepanjang tempoh tesebut. Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, pukullah mereka (dengan pukulan mendidik bukan mencederakan) jika meninggalkan solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka”

(H.R. Ahmad dan Abu Daud)

Dalam masa yang sama ibu bapa juga wajib mendirikannya sebagai contoh tauladan yang baik kepada anak-anak, kerana pendidikan melalui perbuatan adalah lebih berkesan berbanding dengan pendidikan melalui lisan semata-mata. Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 :

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًۭا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَٱلْعَـٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ ١٣٢

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”

Solat Fardhu lima waktu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang mukallaf, merupakan salah satu rukun Islam yang sangat penting yang wajib ditunaikan dengan betul dan sempurna. Hanya solat yang betul dan sempurna sahaja yang akan dapat membentuk peribadi yang mulia. Antara peribadi yang mulia, kesan dari mendirikan solat ialah :

  1. Menjaga kebersihan dan keindahan. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna akan membiasakan dirinya menjaga kebersihan kerana seseorang yang hendak mendirikan solat disyaratkan terlebih dahulu bersih dari hadath kecil dan hadath besar dan bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang. Malah orang yang mendirikan solat juga dikehendaki memakai pakaian yang indah.
  2. Kemantapan akidah dan keimanan. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna akan lebih mantap akidah dan keimanannya kerana solat sempurna ialah solat yang didirikan dengan penuh pengabdian diri kepada Allah, khusyuk, tawaduk (merendah diri) dan ikhlas kerana Allah.
  3. Mengingati Allah. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna akan sentiasa mengingati Allah dan bermunajat kepada Allah. Kerana dalam solat selain daripada perbuatan zahir yang wajib dilaksanakan dengan betul dan sempurna rukun dan syaratnya, hati juga perlu khusyuk dan mengingati Allah. Orang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan melanggar perintah Allah kerana dia yakin bahawa segala gerak gerinya sedang dipantau oleh Allah.
  4. Memberi ketenangan kepada jiwa. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna, jiwanya akan menjadi tenang, tidak resah dan tidak gelisah dalam menghadapi cabaran hidup kerana ia sentiasa yakin dan redha dengan penentuan Allah serta menerimanya dengan jiwa yang lapang.
  5. Terhindar dari melakukan kemungkaran. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna akan terhindar dari melakukan perbuatan maksiat kerana orang yang mendirikan solat dengan betul dan sempurna kerana Allah subhanahu wa ta’ala akan memeliharanya daripada segala perbuatan yang dilarang.
  6. Mengeratkan hubungan dalam masyarakat. Mendirikan solat secara berjemaah di surau atau masjid selain dari mendapat gajaran yang lebih, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama jemaah yang akhirnya melahirkan masyarakat yang kuat, harmoni dan bersatu padu.
  7. Prihatin terhadap penjagaan masa. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna akan prihatin terhadap masanya kerana tidak sah solat seseorang itu jika dilakukannya di luar waktu yang ditetapkan. Malah solat yang paling baik ialah yang dilakukan di awal waktu.

Kesimpulannya, seseorang yang mendirikan solat lima waktu secara sempurna, In Sya Allah akan lahir daripadanya keperibadian yang mulia bahkan pelbagai lagi sifat-sifat mahmudah (yang terpuji).

Sebagai umat Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam, kita hendaklah melaksanakan ibadah solat dengan sebaik-baiknya. Janganlah sampai kita menjadi golongan mereka yang tidak dipedulikan oleh Allah dan RasulNya lantaran kelalaian dan kealpaan kita terhadap ibadah solat ini pada akhirat kelak. Padahal kita amat memerlukan rahmat dan keampunan daripada Allah subhanahu wa ta’ala, dahagakan air telaga Kauthar yang dihulurkan sendiri daripada tangan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, seterusnya memasuki Syurga Al-Jannah bersama Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dan seluruh golongan yang diredai oleh Allah subhanahu wa ta’ala.

promo rahsia solat

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Solat Membentuk Peribadi Mulia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more