Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah! : Pena Hijau

Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!

Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!
Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!
24 Sep 2020
dreamstime_s_123116716
Punca yang menyebabkan keruntuhan remaja dalam masyarakat
25 Sep 2020
Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!
Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!
24 Sep 2020
dreamstime_s_123116716
Punca yang menyebabkan keruntuhan remaja dalam masyarakat
25 Sep 2020
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
icon follow us

Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah! | Tipulah kan kalau kata anda tak pernah marah bersungguh-sungguh kat seseorang. Betul tak? Marah sampai kadang tu terdetik tak nak memaafkan dia langsung!

Tahu tak, selama mana kita tak maafkan dia, sebenarnya selama tu juga la rezeki kita ‘tersekat’. Misalnya seperti perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad ini. Sangat bermanfaat! Semoga kita dapat pengajaran dari kisah ini dan memaafkan kesalahan orang lain.

Saya tinggalkan kawan nak masuk ke McD, katanya ada barang nak diambil dari kawannya yang makan di situ. Jalan di situ kecil dan saya pun terus sahaja meluru untuk masuk ke kawasan parking.

Elok sahaja di tengah-tengah perjalanan, ada sebuah kereta masuk dari arah depan dan menghon saya suruh saya berundur, sedang di belakang ada 2 kereta lagi mengikuti saya.

Dia keluarkan tangan dan lambai cara menghalau, suruh undur. Saya pun buat benda sama suruh dia undur kerana dia sebuah sahaja manakala kami ada 3 kereta bersusun.

Dia keluar dari kereta dan marah saya. Cakap “undurlaaaahhh! Bodohlah bawa kereta besar perangai macam babi!” Saya tergamam.

Saya pun masuk gear undur dan syukur sangat kereta lain ikut undur. Ikutkan jalan itu 2 hala, namun orang parking kiri kanan menyebabkan hanya 1 kenderaan sahaja boleh lalu pada satu-satu masa,

Kami semua berjaya undur dan wanita itu menunjukkan jari tengah apabila berjaya lalu di situ. Saya marah sendirian. Masuk parking dan terlepas cakap “semoga orang begini lekas-lekaslah mati azab kena langgar ke, kena panah petir ke.”

Kawan saya call dan tanya saya di mana saya pun beritahu saya diparking. Kami teruskan perjalanan dan cerita itu habis begitu sahaja namun setiap pagi lalu McD nak pergi ke office, saya pasti akan teringat kisah itu dan masih mendoakan wanita itu yang buruk-buruk.

Selang beberapa minggu, saya duk perhati jualan kami tak cantik. Di office tegang sesaja. Kalau di rumah, ada sahaja benda tak best.

Saya tak tahu apa punca, ramai orang kata cek solat, cek sedekah, cek emak ayah, cek keluarga, cek kebaikan, cek hati. Saya duk termenung apa bendalah yang tak ok kali ini.

Sampailah itu hari pergi makan kedai, jumpa owner sebuah restoran. Rupanya beliau follower tegar saya. Beliau minta izin nak duduk sekali memandangkan saya sedang makan seorang diri.

Saya tanya beliau sales berapa dalam sehari, katanya boleh dapat RM11-13k. Bergantung juga tengok waktu. Time gaji boleh dapat sebanyak itu. Kalau tak, dalam RM4k-RM7k.

Saya ternganga. Bestnya ada restoran yang sentiasa orang datang. Dia cakap,

“Setiap hari, maafkan semua orang Encik Khairul. Konsep mengampunkan orang ini, walau kita betul, walau kita tak salah, walau kita kena dera, walau kita kena khianat, walau kita kena teruk dengan berbagai hal, adalah konsep ketenangan ya membawa kepada banyaknya rezeki.

Contoh mudah, saya pernah kena sihir. Hanya sebab saya berhentikan dia kerja kerana dia mencuri.

Saya tak boleh bangun 2 minggu, macam-macam benda keluar dari badan, kedai saya busuk, hancing, badan saya busuk, kerja tak boleh, bergaduh sana sini, partner saya pasang cctv, dapat tengok jelas budak ini setiap hari without miss dia akan kencing depan dan belakang kedai, kemudian akan gantung kain yang dibuat macam tali di pili depan dan belakang.

Kami pernah tertanya kain apa halus yang diikat begitu. Semua tak tahu. Apabila jadi sakit berpanjangan, berubat, baru tahu kena sihir.

Saya fokus berubat. Semua orang nasihat kasi sihat dulu baru bisnes.

Namun dalam hati dendam sangat kuat. Walau dah sihat, orang itu pun dah tak ada apabila kami buat report polis dan pasang alarm serta lampu yang ada sensor, dia dah tak buat, hati saya tak keruan selagi orang ini tak kena bala dari Allah.

Sales teruk, orang makin kurang, kerap sangat bergaduh dengan staff, sampai ke tahap chef-chef lari. Dekat rumah, ada ja benda tak kena. Salah sana salah sini.

Satu hari, partner saya cakap, “bersihkan hati kau. Kau banyak dendam sangat. Tu semua menjauhkan rezeki. Macam mana Allah nak bagi kita lebih kalau kita tak boleh nak maafkan orang.

Kau betul, kau baik, namun kau kena maafkan. Bab dia jahat, dia celaka, Allah akan sediakan bala serta hukuman untuk dia. Kau tak payah fikir benda itu, itu Allah dah ada janji-janjinya.”

Dan akhirnya saya pun bangun malam, solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat dan solat hajat supaya segala gelisah, semua benda dendam serta kesumat itu Allah hilangkan dalam hati. Serta terus memaafkan segalanya.

Memaafkan

BACA JUGA :: Tiada Maaf Bagimu? Cukup-Cukuplah Berdendam, Allah Tinggikan Darjat Kita Apabila Memaafkan Orang Lain

Rupanya saya sendiri jadi tenang. Pergi kerja, okey. Urus restoran, okey. Customer datang, okey. Keluarga pun semakin okey.

Sekarang, inilah! Alhamdulillah!”

Saya angguk sahaja. Habis makan, saya bayar, bersalam dan beredar.

Saya duk fikir apa benda dendam tak selesai sampai susahnya saya nak buat sales. Sampailah esok pagi saya lalu di tepi McD, baru saya ingat inilah dia.

Saya masih terbayang wajah wanita yang marah dan angkat jari tengah tersebut.

Pagi itu, saya tekad, masuk pejabat, duduk atas kerusi diam-diam, pejam mata dan cakap saya dah memaafkan dia. Saya cakap juga dalam hati semoga dia mendapat keampunan dari Allah.

Masa solat zohor, saya buat ikut apa yang abang itu cakap, solat hajat supaya Allah bantu tenangkan hati.

Dan sungguh memang berjaya.

Hasilnya, semasa ebook Personal Branding dan Penulisan Viral keluar, kami 8 orang buat sales, dan saya bukanlah orang yang paling ramai follower yang ada. Namun Allah bantu saya untuk dapat jadi nombor 1 dalam challenge tersebut. Sales 5 hari adalah yang diluar jangka.

Syukur sangat.

***

Sungguhlah kawan-kawan,

Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha nak jadi baik, namun Allah uji kita dengan benda yang kita rasa tak sepatutnya. Lalu hati kita bertitik hitam hanya kerana nak sangat bencana datang kepada orang itu sedangkan kalau benar kita baik, kita akan doakan kebaikan untuk dia.

Kita takkan jadi sama macam dia kalau kita bertindak baik.

Dan itu antara punca bagaimana kita nak dapat ketenangan. Aura itu bermula dari hati. Dibawa ke wajah dan perlakuan kita semua.

Lalu Allah menyapa dengan angin, hujan, panas dan banyaknya makhluk yang membawa kebaikan kita itu naik ke langit.

Ia untuk dicurahkan rezeki atau dihantar kesusahan kepada kita. Rupanya, kita yang pilih semua itu sama ada sedar atau tidak.

Sudah tersentak, ubahlah. Untuk diri, untuk semua yang tersayang di sisi.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mari merdekakan diri dari dendam.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more