Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki! : Pena Hijau

Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!

dreamstime_s_7381054
Unsur ketuhanan dan genre filem seram
23 Sep 2020
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
25 Sep 2020
dreamstime_s_7381054
Unsur ketuhanan dan genre filem seram
23 Sep 2020
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
25 Sep 2020
Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!
icon follow us

Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki! | Ramai di kalangan kita mungkin pernah mengeluh kerana rezeki kurang masuk. Ada ketika terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan serentak bagi mencukupkan keperluan untuk membayar sewaan rumah, bulanan kereta, bil utiliti dan lain-lain.

Ada ketika ijazah yang diperoleh juga seakan kurang bermakna kerana gaji dibayar tidak setimpal dan ada ketika kita tidak betah duduk di tempat kerja yang sama dalam tempoh lama. Kata orang sentiasa berpindah randah di tempat kerja demi mengejar kepuasan dan rezeki lebih.

Bagi yang masih mengeluh tentang kerja, mudah saja sebenarnya untuk mencari rezeki di bumi Allah yang luas ini. Paling utama korang kena yakin dan percaya bahawa Allah sudah menetapkan rezeki seseorang itu mengikut kemampuan diberiNya.

BACA JUGA :: Orang Tua Kita Adalah Kunci Kepada Pintu Rezeki Kita, Jangan Lupa Dan Abaikan Mereka!

Bagi yang masih mencari kerja tapi belum dikurniakan rezeki pekerjaan lagi dan mahukan rezeki berjalan lancar, seorang seorang habib dari negara seberang, Habib Luthfi bin Yahya, beliau menyuruh bacakan surah An-Nas 100 kali untuk dibukakan pintu rezeki.

Surah An-Nas

BACA JUGA :: Tak Sangka Inilah 5 Amalan Punca Keberkatan Rezeki Yang Kita Tak Perasan

Tapi bacalah dahulu selawat Nabi 100 kali diikuti surah An-Nas 100 kali dan penutupnya selawat Nabi 100 kali dan terus berdoa kepada Allah dibukakan rezeki kita seluas-luasNya.

Insya Allah bagi yang masih menganggur, pintu rezeki korang akan terbuka seluasnya dan paling utama yakinlah setiap rezeki itu datang dari Allah SWT.

Cuba amalkan, semoga rezeki korang dalam dunia pekerjaan diluaskan seluas-luas alam semesta ini.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Baca Surah An-Nas & Selawat Nabi 100 Kali, Bagi Yang Menganggur Semoga Dipermudahkan Rezeki!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more