Ciri-ciri perbualan yang anda perlu tahu : Pena Hijau

Ciri-ciri perbualan yang anda perlu tahu

Menjaga lidah dan lisan anak-anak
8 Sep 2020
Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!
Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!
10 Sep 2020
Menjaga lidah dan lisan anak-anak
8 Sep 2020
Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!
Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!
10 Sep 2020
icon follow us

Sekiranya anda berjumpa dengan rakan anda atau anda pergi ke sesi temubual untuk mendapatkan pekerjaan atau anda seorang bapa yang memikul tanggungjawab keluarga atau lain-lain, maka anda mesti melakukan perbualan bersama orang di sekeliling anda sama ada untuk menyelesaikan masalah atau untuk menunjukkan sesuatu perkara, sehingga berbual ke larut malam, berhibur dan bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu perkara.

Secara ringkasnya, perbualan adalah satu alat yang membolehkan manusia bertukar-tukar pandangan dan menerangkan pandangan mereka. Ia merupakan perkara asas dalam kehidupan kita. Maka, kualiti perbualan antara dua orang individu atau lebih, kedua-duanya akan berbual-bual dalam sesuatu perkara bagi menyelesaikan sesuatu masalah tertentu.

Berdasarkan pertukaran pandangan, ia boleh mencapai pandangan secara keseluruhan. Di sini, kita perhatikan beberapa bahan perbualan kejayaan dan beberapa keistimewaan ciri-cirinya, sehingga kita boleh  menyifatkan perbualan kita.

Pertama – Mendengar: Itulah satu ciri terpenting yang mesti anda miliki semasa berdialog. Biasakan diri anda dengan kemahiran mendengar dan mendengar orang lain bercakap, kerana jika anda tidak mendengar dan sibuk dengan perkara lain, maka anda tidak akan dapat bercakap jika diminta. Anda tidak akan dapat memanfaatkan idea yang dikemukakan dan tidak akan memberi tambahan sebenar kepada orang. Kebiasaanyya, mereka menuduh anda bersikap tiada adab dan kamu akan hilang kepercayaan terhadap diri anda.

Kedua – Objektivit: Anda harus bersikap objektif semasa berbual. Jangan mengatakan sesuatu yang tidak nyata. Jika tidak, perbualan tersebut akan menjadi tiada faedah. Bahkan, bertujuan untuk menjadikan pandangan anda satu paksaan dengan menggunakan suara yang lantang. Sebaliknya, pendapat anda harus disampaikan secara objektif tanpa menjejaskan satu pihak yang lain. Sehingga anda mencapai kebenaran dan mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang terkumpul disebalik perbualan ini

Keempat – Fleksibiliti: Sentiasa bersikap fleksibel (seimbang) dan menerima pendapat orang lain, walaupun bertentangan dengan pendapat peribadi anda. Fleksibiliti inilah yang menjadikan perbualan berjalan dengan cara yang betul. Sekiranya ada pendapat seseorang tanpa pendapat yang lain, maka perbualan itu akan tiba-tiba terhenti, kerana setiap pihak mengaku dirinya betul dan yang lainnya adalah salah, jadi fleksibiliti adalah ciri penting untuk perbualan yang baik.

Kelima – Ketepatan dan kejujuran: Hendaklah bersikap jujur ​​jika anda ingin mengadakan perbualan yang berjaya dan berkesan dengan orang lain. Ketahuilah, bahawa kejujuran adalah asas yang dapat menjadikan perbualan itu bermanfaat, kerana perkataan yang benar ​​dapat dituturkan dalam situasi yang lebih baik daripada bersikap berpura-pura.

Keenam – Mempunyai kemahiran berucap: sesuatu perbualan yang berjaya merupakan kemahiran pengucapan kepada penutur, kerana sesiapa yang mempunyai teks percakapan, dia boleh menguasai kawalan perbualan. Seterusnya, amat penting bagi anda mempunyai kemahiran pengucapan ketika bertutur dan mengungkapkan apa yang ingin dibicarakan. Sehingga kata-kata anda dapat mengungkapakan masalah yang dihadapi, maka dia akan memberikan gambaran yang tepat bersama-sama contohnya.

Keenam – Berinteraksi dengan orang lain: Berinteraksilah dengan orang lain untuk berbual, jangan berdiam diri sepanjang masa. Hal ini disebabkan sesuatu perbualan tidak akan lengkap kecuali semua pihak telah mengambil bahagian dalam perbualan tersebut. Anda perlulah memberikan ucapan interaksi itu secara biasa, kadang-kadang anda perlu tersenyum, sesekali berdiam dan yang lain mencelah. Oleh itu, anda perlulah berinteraksi berkaitan dengan perbualan yang berlaku.

Ketujuh – Kemampuan untuk menganalisa: Kemahiran anda dalam perbualan, adalah terletak sejauh mana anda memiliki kemampuan untuk menganalisa dan menghubungkan antara pendapat yang berbeza serta mengklasifikasikannya. Ia boleh memberi anda peluang untuk menilai dan mencelah dalam perbulan. Dengan itu, anda dapat menarik perhatian terhadap masalah yang belum ada di hadapan penutur.

Kelapan – Jangan membuat keputusan akhir: Sebaliknya, luahkan pandangan anda dengan sopan dan hormat dan tinggalkan keputusan akhir dalam masalah ini. Mungkin sesuatu yang baru telah muncul kepada anda tanpa disedari. Kadangkala anda membuat sesuatu keputusan dengan tergesa-gesa, kerana  setiap perkara berbeza-beza antara manusia, apa yang anda rasa betul, tetapi orang lain mengatakannya salah.

Kesimpulannya, perbulan yang berjaya dapat mencerminkan budaya si penutur. Mereka sedar tentang asal usul, alat dan cara yang sepatutnya yang perlu dilalui. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengambil perhatian menggunakan cara yang positif untuk berbual dan berurusan. Kerana dengan mudah seseorang itu mengungkapkan tentang keperibadian kita dan menyingkapkan pengetahuan kita dengan pelbagai perkara yang berbeza-beza.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ciri-ciri perbualan yang anda perlu tahu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more