Punca yang menyebabkan keruntuhan remaja dalam masyarakat : Pena Hijau

Punca yang menyebabkan keruntuhan remaja dalam masyarakat

Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
25 Sep 2020
Bila Jiwa Kita Lesu & Hilang Semangat Dalam Ibadah, Inilah Doa Perlu Dibaca!
Bila Jiwa Kita Lesu & Hilang Semangat Dalam Ibadah, Inilah Doa Perlu Dibaca!
26 Sep 2020
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
25 Sep 2020
Bila Jiwa Kita Lesu & Hilang Semangat Dalam Ibadah, Inilah Doa Perlu Dibaca!
Bila Jiwa Kita Lesu & Hilang Semangat Dalam Ibadah, Inilah Doa Perlu Dibaca!
26 Sep 2020
dreamstime_s_123116716
icon follow us

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Keruntuhan halatuju dan akhlak atau moral remaja melambangkan malapetaka kehidupan yang dapat menghancurkan masyarakat, dengan melanggar nilai-nilai yang dihayati oleh manusia. Ia mendorong mereka untuk melepaskan diri dari kepercayaan mereka. Maksud keruntuhan dari segi bahasa ialah terpesong dan terkeluar dari jalan yang benar dan menyimpang dari apa yang biasa dilakukan oleh manusia biasa.

Dari segi istilahnya, keruntuhan adalah melanggar harapan masyarakat dan menyimpang dari norma sosial yang dipersetujui oleh mereka dan meminta untuk mematuhinya. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keruntuhan remaja dan di sini kita cuba untuk mengemukakan punca-punca tersebut bagi menjelaskannya dengan lebih mendalam.

Kemiskinan. Kemiskinan di kalangan remaja boleh menyebabkan keadaan sosial tidak stabil. Berpunca daripada kekurangan ekonomi di mana mereka tinggal. Ia boleh menimbulkan ancaman kepada keluarga. Akhirnya membawa kepada perpisahan seorang atau kedua-dua ibu bapa dari anak-anak. Kemudian menjadi halangan dalam pendidikan dan perkembangan masa depan.

Maka lahirlah individu dengan tingkah laku mereka yang menyimpang, pergi kepada masyarakat dan melakukan perkara yang buruk. Mengetahui bahawa terdapat banyak keluarga yang mengalami perselisihan yang kuat, tetapi anak-anak menjadi normal, ini bukanlah satu peraturan yang dapat dilaksanakan.

Kurangnya golongan agama di kalangan remaja. Sekiranya golongan remaja lemah dalam agama, maka banyaklah berlakunya keruntuhan moral. Kerana dengan agama dapat menjaga masyarakat daripada menyeleweng dan melakukan perkara-perkara yang keji. Manusia yang tidak dapat mencegah perbuatan buruknya, maka masyarakat akan terdedah kepada bahaya yang perlu diambil perhatian.

Masa Lapang. Waktu lapang adalah yang paling sukar bagi golongan remaja. Ia boleh menyebabkan keruntuhan berlaku dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Nabi Muhammad SAW memperingatkan kita tentang hal itu sehingga Baginda bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Hadis riwayat Bukhari no. 5933, sahih)

Sekiranya kedua-duanya bersatu, iaitu kesihatan dan masa lapang, maka mereka menjadi berbahaya jika mereka tidak mengambil peluang. Kedua-duanya akan bertukar kepada kutukan dan bukan nikmat.

Kerosakan persekitaran yang dihuni oleh remaja. Seseorang adalah cerminan dari apa yang ada di persekitarannya. Jika persekitarannya baik, maka baiklah kita, dan jika persekitrannya rosak, maka rosaklah kehidupannya. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang mendorong kepada kebaikan maka berjayalah kita, dan tidak mudah menyimpang.

Tetapi jika persekitarannya itu menuntut kepada pelbagai keruntuhan, maka binasalah seseorang. Keselamatannya juga amat sukar, bahkan memerlukan kepada perjuangan diri yang tinggi.  Allah SWT berfirman: “Dan negara yang baik akan keluar tanamannya dengan izin Tuhannya, dan bagi yang buruk, tidak akan keluar tanamannya melainkan sukar.” (Surah al-Aaraf: 58)

Kawan yang buruk. Iaitu mereka punca utama yang menyebabkan remaja jatuh ke dalam perigi keruntuhan dan melakukan tingkah laku yang tercela. Kawan yang baik akan menarik anda ke arah kebaikan, tidak seperti kawan yang jahat, mendorong anda ke arah kemaksiatan dan berusaha menjadikan anda seperti dia.

“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap.” (HR Bukhari no. 1959, sahih)

Terlalu banyak wang tanpa arah yang tepat dalam berbelanja. Sebahagian remaja menggunakan wang dengan pelacuran dan kerosakan. Jadi mereka melakukan dua kerosakkan yang besar iaitu membazirkan harta dan berada dalam keruntuhan dan melangkah ke arah kejahatan.

Mereka bebas menggunakan harta yang dimiliki dan tidak bertanggungjawab. Sehinggakan mereka melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan. Ia menyebabkan mereka masuk ke lembah keruntuhan dan bertahan di jalan mereka.

Keruntuhan moral dan akhlak remaja pada hari ini menjadi berlipat ganda. Ramai manusia menuju ke arah tersebut, sehingga merosakkan akhlak. Sebenarnya, masyarakat kehilangan tenaga remaja yang seharusnya diarahkan untuk bekerja dan menghasilkan produk dan bukannya terlibat dalam keruntuhan.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Punca yang menyebabkan keruntuhan remaja dalam masyarakat
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more