Realiti solat yang perlu diteliti : Pena Hijau
Seni mencapai cita-cita dan menyebarkannya
2 Sep 2020
pexels-photo-1428787
Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
4 Sep 2020
Seni mencapai cita-cita dan menyebarkannya
2 Sep 2020
pexels-photo-1428787
Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
4 Sep 2020
icon follow us

Agama Islam yang kita sayangi ini ditunjangi oleh rukun-rukunnya yang penting, ibarat tiang-tiang yang memastikan berdirinya sebuah rumah yang kita sayang lagi selesa dan selamat berlindung di dalamnya. Solat merupakan antara tiang-tiang utama yang memastikan teguhnya Islam dalam diri kita.

Walau sehebat manapun kedudukan kita, sebanyak manapun harta kita, sekuat manapun tubuh kita, setinggi manapun ilmu kita, kesemua ini tidak akan bernilai tanpa terdirinya solat dalam kehidupan kita. Maka untuk memastikan Islam yang kita cintai ini terpelihara dan terus subur pada masa hadapan, wajar sekali kita lihat dan pastikan supaya generasi muda, remaja dan belia, berusaha memelihara solat mereka bagi membangunkan Islam dalam diri mereka khususnya dan masyarakat amnya.

Namun berdasarkan beberapa kajian yang dibuat di beberapa institusi pengajian tinggi mengenai solat yang didirikan oleh para siswa-siswi, bilangan yang menunaikan solat masih rendah dari angka sebenar keseluruhan mahasiswa. Maka kajian dan usaha yang serius lagi berterusan amat perlu untuk melihat dan mengkaji apakah punca-punca ramainya siswa-siswi yang belum menunaikan solat fardu secara penuh setiap hari.

Seterusnya, amat wajar untuk golongan pendidik, termasuk para guru, ibu-bapa dan masyarakat amnya, untuk memberikan pendidikan dan pendedahan kepada golongan muda, siswa-siswi dan remaja, mengenai besarnya kepentingan dan kewajipan menunaikan solat serta bahaya dan kesan buruk meninggalkan solat kepada diri mereka sebagai hamba Allah SWT.

Setelah melihat punca dan kesan-kesan buruk meninggalkan solat, maka usaha ini perlu diteruskan dengan kaedah dan misi untuk merawat gejala atau masalah meninggalkan solat yang berlaku dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda seperti remaja dan siswa.

Pada dasarnya, solat wajar dididik di kalangan anak-anak kita bermula dari kecil, seawal usia tujuh tahun. Didikan ini amat perlu untuk menanamkan kesungguhan, disiplin bersama perasaan sayang dan selesa untuk menunaikan solat secara tetap, bermula dengan lima kali solat fardu sehari.

Tidaklah sukar untuk mengajar anak-anak kita tentang kewajipan hukum solat, kerana kita amat yakin bahawa ramai di kalangan remaja dan belia yang meninggalkan solat sebenarnya tahu dan sedar akan kewajipan solat fardu.

Namun, cabaran yang lebih besar perlu kita mainkan, khususnya sebagai ibu-bapa, pendidik dan masyarakat yang prihatin, ialah untuk menanamkan, menumbuhkan dan membangkitkan keimanan dalam diri mereka sehingga mereka sendiri yang akan bersungguh-sungguh menunaikan solat, walau apa jua keadaan mereka sewaktu masuknya waktu solat.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita mendidik anak-anak kita solat sejak dari kecil dan memelihara kita sekeluarga dan seluruh masyarakat Islam dengan terdirinya solat dalam kehidupan kita.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Realiti solat yang perlu diteliti
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more