Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah : Pena Hijau

Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah

Realiti solat yang perlu diteliti
3 Sep 2020
Bekerja kerana Allah SWT
4 Sep 2020

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan urusan hari ini dan seterusnya. Mari kita sama2 baca Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah.

Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

Daripada Utsman bin ‘Affan RA ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.” (HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

1.  Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda

2.  Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam

3.  Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam

Rebut peluang mendapat ganjaran berganda dengan ibadat sepanjang malam dengan memelihara solat berjemaah isya dan subuh di masjid.

Sumber: 1 hari 1 hadis 

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Comments are closed.