Tidak Semua Mimpi Ular Berkait Sihir, Ada Juga Diberikan Rezeki Termasuk Bertemu Jodoh : Pena Hijau

Tidak Semua Mimpi Ular Berkait Sihir, Ada Juga Diberikan Rezeki Termasuk Bertemu Jodoh

dreamstime_s_7381054
Unsur ketuhanan dan genre filem seram
23 Sep 2020
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
25 Sep 2020
dreamstime_s_7381054
Unsur ketuhanan dan genre filem seram
23 Sep 2020
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!
25 Sep 2020
Tidak Semua Mimpi Ular Berkait Sihir, Ada Juga Diberikan Rezeki Termasuk Bertemu Jodoh
icon follow us

Ramai menafsirkan jika mimpi ular, ia berkait dengan ilmu sihir yang dihantar seseorang. Namun tafsir mimpi berkait ular ini sebenarnya memberikan tafsiran berbeza termasuk memperoleh pangkat, kuasa, kekayaan, harta benda, rezeki, jodoh dan banyak lagi. Penjinak ular berpengalamanan atas nama MijiSnakeMaster berkongsi tafsiran mimpi berkaitan ular.

Seringkali juga saya ditanya oleh orang awam dan rakan-rakan tentang tafsir mimpi berkaitan ular. Oleh kerana saya berkecimpung secara langsung dalam bidang ini maka ada jugalah saya kaji dan belajar bab ni.

Dalam Islam mimpi bertujuan untuk mengukur tahap kejujuran seseorang. Semakin jujur seseorang maka semakin benar mimpinya. Namun tetap ada mimpi mainan tidur atau godaan jin dan syaitan. Ada juga mimpi kerana asyik teringat-ingat. Sehingga hari ini saya belum pernah bermimpi ular. Hehe.

Mengikut Ibn Sirin yang merupakan seorang pentafsir mimpi terkenal dalam kitabnya Tafsir Al-Ahlam (الأحلام) mengkelaskan mimpi kepada dua (2) iaitu mimpi yang tidak perlu ditafsir kerana sudah nyata, dan mimpi yang perlu ditafsir kerana ada simbol yang perlu dihuraikan.

Dalam kes mimpi “Ular” ia perlu tafsiran. Dalam bahasa Arab ular disebut “Hayyah” (حَيَّة). Tafsir ular dalam mimpi membawa beberapa simbol seperti harta, anak, negara, musuh (benda jahat), wanita, dan sumber kehidupan yang lain.

mimpi ular

BACA JUGA :: 9 Mimpi yang Dialami Nabi Muhammad SAW

1. Melihat ular besar : Jika tiada perasaan takut saat melihatnya bermakna kita akan beroleh kekuasaan, kekuatan, pangkat, dan seangkatan dengannya. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak dijangka.

2. Ular masuk rumah : membawa maksud kita perlu berwaspada kerana ada sesuatu yang tidak baik cuba mengganggu hidup kita. Namun ada tafsiran mengatakan kita akan menerima kehadiran seorang tetamu yang membawa khabar baik.

3. Berjaya tangkap ular : Berkait dengan mimpi ke (2), bermaksud kita akan beroleh keuntungan atau kebaikan daripada orang yang berbuat jahat itu. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat harta atau pangkat.

4. Ular keluar dari salur kencing : membawa maksud kita akan dikurniakan rezeki atau anak.

5. Memukul ular dan memotongnya : Bermakna kita akan berpisah dengan seseorang.

6. Membunuh seekor ular : Ini membawa khabar gembira iaitu kita bakal berkahwin dengan seseorang. Ada juga tafsiran lain iaitu kita berjaya mengalahkan musuh.

Antara mimpi ular yang tidak disebut dalam kitab tersebut seperti:

1. Digigit ular : kita akan mendapat pasangan atau kebahagiaan dalam hidup.

2. Melihat Ular : Mendapat rezeki. Namun ada tafsiran mungkin membawa bencana bergantung kepada situasi.

3. Dikejar ular : Jika kita belum berkahwin bermakna bakal berjumpa pasangan sebenar yang mencintai. Jika sudah berkahwin bermakna orang mulai menyukai kita. Banyak peminat la katakan.

4. Melihat banyak ular : Insya-Allah kita akan dipanjangkan umur.

(#) Namun harus diingat! setiap mimpi memberi isyarat agar kita berbuat sesuatu dalam memperbaiki diri. Bukan tujuan saya ingin memberi firasat supaya mempercayainya 100% tetapi peringatan pada diri kita supaya menjadi lebih baik.

(#) Jika memperoleh rezeki atau harta bermakna kita bakal diuji oleh-Nya. Banyakkan bersedekah dan bersyukur, jangan riya’ dan sentiasa merendah diri. Jika dikurniakan umur yang panjang maka pergunakanlah dengan baik untuk membantu manusia dan alam. Jika kita berjaya mengalahkan musuh maka disarankan kita supaya jangan sombong dan lebih baik memaafkan.

Apa yang saya tulis tentang maksud mimpi ular ini tidak semestinya betul, apa yang saya nak sampaikan adalah perenggan yang bertanda (#).

Sekian, semoga bermanfaat. Sumber : Miji Snakemaster

BACA JUGA :: Untuk Pastikan Kediaman Bebas Dari Kehadiran Ular Berbisa, Ikuti 6 Langkah Keselamatan Ini

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. Lofa says:

    Moga saya cepat bertemu jodoh

Tidak Semua Mimpi Ular Berkait Sihir, Ada Juga Diberikan Rezeki Termasuk Bertemu Jodoh
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more