Mak Ayah Jangan Marah Anak 6 Tahun Belum Mampu Membaca, Jika Hal Lain Anak Lebih Mahir.
4 Oct 2020Kita memerlukan peringatan dalam kehidupan ini
5 Oct 2020Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja? Sehingga Tidak Mampu Memberi Nafkah | Sangat berdosa jika seorang suami malas bekerja. Ada suami yang memang malas bekerja, sehinggakan isteri yang rajin kerja di pasar. Suami tidak memberi nafkah sama sekali pada keluarganya, padahal dia mampu untuk bekerja.
Suami Wajib Mencari Nafkah, Perlu diketahui bahawa suami memberikan nafkah untuk isetri dan anak. Nafkah pada isteri ini wajib didahulukan dari nafkah pada kerabat lainnya. Nafkah pada orang tua dan kerabat barulah diwajibkan ketika mereka miskin dan tidak punya harta.
Memberi nafkah kepada keluarga adalah tanggungjawab suami yang harus disediakan dan diberi kepada isteri dan anaknya tanpa perlu diminta.
Akan tetapi bagaimana pula dengan suami malas yang tiada wang, tidak bekerja kerana malas sedangkan secara fizikalnya mereka mampu untuk bekerja.
Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW ada menyebutkan yang suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Malah, dia patut mengutamakan keluarga daripada adik beradik atau kenalan yang bukan darah dagingnya.
BACA JUGA: Mahu Kerja Di Singapura, TAPI Tak Tahu Bagaimana Caranya?
Rasulullah SAW bersabda,
Mulailah dari dirimu sendiri. Sedekahkanlah untuk dirimu. Selebihnya dari itu untuk keluargamu (anak dan isterimu). Selebihnya lagi dari itu untuk keluargamu. Selebihnya lagi dari itu untuk tujuan ini dan itu yang ada di hadapanmu, yang ada di kanan dan kirimu.” (HR. Muslim: 997).
Jadi, jika suami tidak memberi nafkah kepada isteri kerana tiada wang, suami malas bekerja, itu telah menjadi satu dosa. Dan, isteri berhak mengambil harta suami malas ini untuk memenuhi keperluannya dan anak dalam jumlah yang secukupnya.
Sabda Rasulullah SWT,
Seseorang itu boleh dikatakan berdosa jika dia mengabaikan orang yang dia wajib beri nafkah. (HR. Abu Daud: 1692).
Namun, jika sepanjang perkahwinan, isteri sering memenuhi keperluan mereka dari pendapatan mereka sendiri, itu telah menjadi haram kepada suami terutama sekali apabila isteri tidak meredhai perbuatan itu.
Tetapi, jika isteri redha, itu dianggap sebagai sedekah yang dilakukan oleh isteri kepada suaminya. Ini juga disebabkan oleh hasil kerja isteri adalah 100% milik mereka sendiri.
Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
Memang ada suami malas bekerja kerana sudah sampai fasa pasrah atau tawakkal kepada Allah. Seolah-olah nak disalahkan semua kesempitan hidup kerana takdir Allah.
Allah memang yang memberi rezeki sebagaimana firman-Nya. وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.”(QS. Hud: 6).
Ibnu Hajar Al ‘Asqalani mengatakan, “Namun hal ini bukan bererti seseorang boleh meninggalkan usaha dan bersandar pada apa yang diperolehi makhluk lainnya. Meninggalkan usaha sangat bertentangan dengan tawakkal itu sendiri.” (Fath Al-Bari, 11: 305)
Imam Ahmad pernah ditanyakan mengenai seorang yang kerjanya hanya duduk di rumah atau di masjid. Orang yang duduk-duduk tersebut pernah berkata, ”Aku tidak mengerjakan apa-apa. Rezekiku pasti akan datang sendiri.”
Imam Ahmad lantas mengatakan, ”Orang ini sungguh bodoh. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah bersabda,
إِنَّ اللَّه جَعَلَ رِزْقِي تَحْت ظِلّ رُمْحِي
“Allah menjadikan rezekiku di bawah bayangan tombakku.” (HR. Ahmad, dari Ibnu ‘Umar. Sanad hadits ini shahih sebagaimana disebutkan Al ‘Iroqi dalam Takhrij Ahaditsil Ihya’, no. 1581. Dalam Shahih Al Jaami’ no. 2831, Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)
Dan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Seandainya kalian betul-betul bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang”.
Disebutkan dalam hadis ini bahawa burung tersebut pergi pada waktu pagi dan kembali pada waktu petang dalam rangka mencari rezeki. Para sahabat pun berdagang. Mereka pun mengolah kurma. Yang patut dijadikan qudwah (teladan) adalah mereka (iaitu para sahabat).” (Fath Al-Bari, 11: 305)
Buat suami malas bekerja atau mencari rezeki, gunakanlah akal untuk berfikir tentang kenapa kita di wujudkan di dunia ini selain dari untuk beribadah kepada Allah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِى رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِى أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
“Satu dinar yang engkau keluarkan di jalan Allah, lalu satu dinar yang engkau keluarkan untuk memerdekakan seorang budak, lalu satu dinar yang engkau yang engkau keluarkan untuk satu orang miskin, dibandingkan dengan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu maka pahalanya lebih besar (dari amalan kebaikan yang disebutkan tadi, pen.)” (HR. Muslim no. 995).
Semoga para suami malas bekerja semakin semangat mencari nafkah untuk keluarganya demi kebahagiaan bersama dan demi menggalas tanggungjawap yang sebenarnya.
BACA JUGA :: Suami malas, Cepat Stress Dengan Isteri. Inilah Tanda Suami Kekurangan Hormon Testerone
Sumber : Kataustaz.com