Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja? Sehingga Tidak Mampu Memberi Nafkah
5 Oct 2020Solat dan amalan timbangannya pada Allah SWT
5 Oct 2020Kita tidak boleh memperkecilkan kepentingan peringatan, malah kita harus menghargai setiap peringatan yang dikurnia Allah SWT kepada kita melalui pelbagai cara yang berbeza. Peringatan mempunyai maksud tersendiri dan sentiasa mengandungi manfaat walaupun pada awalnya tidak kita sedari.
Kadang-kadang kita mungkin berfikir bahawa kita sudah membaca buku mahupun kerap menonton ceramah agama dalam talian, maka kita tidak lagi memerlukan peringatan. Namun kita mesti memahami bahawa sebenarnya, peringatan akan membantu meningkatkan keimanan kita dan mendekatkan diri ke hadrat Allah SWT.
Setiap kali kita membaca artikel mengenai Islam atau mungkin mendengar kuliah tentang Islam, semestinya kita akan mempelajari sesuatu yang baharu daripadanya, walaupun kita sudah biasa dengan artikel atau kuliah tersebut. Ini kerana hidup adalah sebuah perjalanan yang akan berterusan berubah dengan pelbagai pengalaman yang bertambah. Setiap kuliah dan artikel mahupun buku sedikit sebanyak mempengaruhi apa yang telah kita lalui dalam fasa tertentu kehidupan.
Sebagai manusia, sifat pelupa merupakan sifat semulajadi dan tidak mungkin kita dapat mengingati setiap perkara kecil dalam kehidupan. Dengan cara yang sama, walaupun kita mungkin berfikir kita telah diingatkan tentang pelbagai konsep mengenai Islam pada masa lampau, ia bukan bermakna kita tidak memerlukan peringatan lebih lanjut, kita pasti akan lupa juga pada akhirnya. Kita mungkin boleh mengingati konsep, idea dan kata-kata yang kadang-kadang samar-samar tetapi tentu sahaja tidak dapat menghafal seluruh isi kuliah, buku, ataupun bahan lain yang terkandung di dalamnya.
Apabila kita lupa apa yang telah kita pelajari, kita akan kembali kepada fitrah kehidupan lama yang pernah kita ubah suatu ketika dahulu. Barangkali kita berusaha mencari jalan untuk memperbaiki diri dengan meningkatkan jumlah zikir yang kita lakukan, atau memahami kepentingan al-Quran dalam kehidupan kita. Kita juga mungkin telah menonton pelbagai ceramah agama dalam talian mengenai topik-topik ini dan berasa terinspirasi oleh apa yang dikatakan di dalam ceramah itu.
Setelah berjaya membina rutin yang lebih baik dalam usaha mengembangkan tahap keimanan, tidak lama kemudian kita mula menyedari bahawa kita telah kembali melakukan rutin kehidupan yang lama. Apabila keadaan ini berlaku, semestinya ia menjadi pengajaran dan kita semua benar-benar memerlukan peringatan.
Kita perlu memahami bahawa akal kita sentiasa menganggap diri kita tidak perlu lagi membaca mahupun menonton ceramah agama kerana kita sudah melakukannya, ini adalah suatu tindakan yang salah. Pendapat ini akan mendorong kita untuk bersetuju bahawa jika kita telah belajar sesuatu sekali, maka kita tidak perlu lagi mengulang semula ataupun mengingatnya kembali. Sebenarnya kita sentiasa memerlukan peringatan, kerana keyakinan dan keimanan kita tidak pernah tetap malah ia berubah-ubah.
Selain itu kita juga harus berterima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi peringatan kepada kita, walaupun mereka melakukannya tanpa sedar. Daripada Abu Huraira r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seorang mukmin berpegang pada agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang dari kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Dawud)
Sumber : Salam Web Today