Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi.
14 Oct 2020Inilah 13 Petua Hebat Didik Sahsiah Diri Anak Menjadi Soleh Solehah
15 Oct 2020Tuntutan poligami – keseronokan atau keadilan? Perbahasan mengenai poligami ini pastinya mendapat sambutan hangat setiap masa.
“Hai senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia hai ana yang punya!” Begitulah beberapa petikan lirik lagu ‘Madu Tiga’ karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Kaum lelaki kebanyakannya seronok membicarakannya, tetapi bagi kaum perempuan sebaliknya.
Poligami ini adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan poligami. Walau bagaimanapun, Baginda bukanlah berpoligami untuk keseronokan. Sebaliknya, kebanyakannya adalah untuk melindungi isteri-isteri Baginda dan memuliakan mereka.
Antara faktor yang mengharuskan poligami adalah seperti berikut:
Hukum asal berpoligami adalah harus dan dibolehkan. Walau bagaimanapun, hukum berpoligami ini boleh berubah bergantung kepada keadaan dan suasana yang dihadapi.
Islam adalah agama yang adil dan lengkap. Islam mempunyai penyelesaian kepada semua permasalahan. Tiada salahnya berpoligami, namun adakah yang mahu itu, benar-benar perlu dan benar-benar mampu? Adakan tuntutan poligami bagi anda mencakupi kemampuan, keseronokan atau keadilan? Tepuk dada tanyalah iman di hati.
Sumber : Salam Web Today