Ini lima manuskrip al-Quran paling tua di dunia : Pena Hijau

Ini lima manuskrip al-Quran paling tua di dunia

Lihatlah Orang Yang Lebih Rendah
16 Oct 2020
dreamstime_s_31735519
Pendidikan dan bakat anak
18 Oct 2020
Lihatlah Orang Yang Lebih Rendah
16 Oct 2020
dreamstime_s_31735519
Pendidikan dan bakat anak
18 Oct 2020
Quran_BirminghamUni
icon follow us

Tahukah anda, di dunia ini masih tersimpan beberapa naskhah, iaitu lima manuskrip Al-Quran yang direkodkan sebagai paling tua di dunia. Artikel ‘Ini lima manuskrip al-Quran paling tua di dunia’ hari ini akan menunjukkan kepada anda naskhah-naskhah atau naskhah lengkap Al-Quran paling tua di dunia yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Percaya atau tidak, ada manuskrip al-Quran ini terbukti telah ditulis pada zaman Nabi Muhammad SAW. Yang tidak disangka, ada juga di antaranya yang disimpan di perpustakaan Vatican!

Sehingga ke hari ini, manuskrip Al-Quran Birmingham ini masih diiktiraf sebagai manuskrip yang tertua di dunia. Ia terdiri daripada 2 helaian dan dianggarkan ditulis pada sekitar tahun 568 hingga 645 Masihi.

Manuskrip ini diperbuat sama ada daripada kulit kambing atau biri-biri. Para penyelidik di University of Birmingham, England menyatakan anggaran tarikh ini mempunyai ketepatan sebanyak 95.4%.

Ia dikatakan telah ditulis pada zaman pemerintahan Khulafa’ Arrasyidin iaitu sejurus selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW. Para penyelidik juga berpendapat bahawa individu yang menulis manuskrip ini berkemungkinan besar hidup sezaman dengan Nabi Muhammad dan amat mengenali Baginda.

Helaian manuskrip ini kini tersimpan di University of Tubingen, Jerman dan dianggarkan telah ditulis pada sekitar tahun 649 hingga 675 Masihi. Ini dianggarkan telah ditulis sekitar 20 hingga 40 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Pentarikhan radiokarbon telah menganggarkan ketepatan tarikh penulisannya sebanyak 95.4%. Manuskrip ini telah berada dalam jagaan universiti ini sejak abad ke-19 setelah dibeli oleh Konsul Prusia ke Damsyik, Johann Gottfried Wetzstein.

Sesuai dengan namanya, ia telah dijumpai di Sana’a, ibu kota bagi negara Yaman. Lebih tepat lagi, manuskrip ini kini tersimpan di Masjid Besar Sana’a. Manuskrip ini telah dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1972 ketika projek pengubahsuaian Masjid Besar Sana’a sedang dilaksanakan.

Ia dijumpai bersama-sama dengan beberapa helaian manuskrip lain yang bukan Al-Quran oleh pekerja pembinaan dalam keadaan yang hampir rosak. Ia kemudiannya telah dikaji dan dipulihkan oleh Jabatan Antikuiti Yaman dengan kerjasama universiti dari negara-negara luar.

Manuskrip ini dianggarkan telah dihasilkan pada sekitar tahun 632 hingga 671 Masihi. Kadar ketepatan pentarikhannya pula adalah sebanyak 99%.

Codex Parisino-Petropolitanus adalah koleksi 98 helaian manuskrip Al-Quran yang mungkin telah dihasilkan pada akhir abad ketujuh atau awal abad kelapan. Ia dijumpai bersama beberapa manuskrip Al-Quran lain di Masjid Amr, Mesir.

Apa yang menariknya, kesemua 98 helaian manuskrip ini kini disimpan rapi di empat buah institusi yang berbeza. 70 helaian tersebut kini berada di bawah jagaan Bibliothèque nationale de France, Perancis. 26 helaian lain pula disimpan di National Library of Russia, Rusia. Satu helaian pula masing-masing berada di Perpustakaan Vatican dan juga Khalili Collection di London.

Muzium Istana Topkapi di Turki merupakan rumah bagi salah satu daripada manuskrip Al-Quran tertua di dunia. Manuskrip Topkapi dianggarkan telah dihasilkan pada awal atau pertengahan abad kelapan.

Berbeza dengan manuskrip lain sebelum ini yang tidak begitu lengkap, manuskrip Topkapi mempunyai hampir keseluruhan mushaf lengkap Al-Quran. Ia dipercayai sebagai antara manuskrip asal Al-Quran yang telah dihantar oleh Khalifah Umar Al-Khattab ke wilayah-wilayah Islam.

Naskhah-naskhah atau manuskrip al-Quran Birmingham, Tubingen, Sana’a, Codex Parisino-Petropolitanus dan Topkapi – ini lima manuskrip al-Quran paling tua di dunia!

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ini lima manuskrip al-Quran paling tua di dunia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more