Nasihat yang membantu meningkatkan keimanan kita : Pena Hijau

Nasihat yang membantu meningkatkan keimanan kita

Musulman, droit, cour
Ini perbezaan antara takaful dan insurans biasa
8 Oct 2020
Doa Jauh Dari Pelbagai Keburukan
9 Oct 2020
Musulman, droit, cour
Ini perbezaan antara takaful dan insurans biasa
8 Oct 2020
Doa Jauh Dari Pelbagai Keburukan
9 Oct 2020
Muslim woman hijab and friend at the gym doing cardio exercises
icon follow us

Umat Islam perlu memahami bahawa dalam kehidupan ini terdapat pelbagai jenis nasihat. Kita  tidak boleh menganggap satu jenis nasihat sesuai digunakan kepada semua. Allah SWT mencipta manusia dengan keperibadian, pendidikan, dan pemikiran yang berbeza-beza – hakikat yang perlu kita sedari dan usah berharap orang lain juga turut berfikir dengan cara yang sama. Apabila hakikat ini disedari, maka kita perlu menerima takdir Allah.

Memahami bahawa kita semua memiliki cara pemikiran  berbeza, adalah logik  setiap nasihat yang diberi juga berbeza? Anda perlu memahami konsep ini agar tidak terjerumus ke dalam kancah kebodohan atau kesombongan, supaya saling membantu dengan sebenar-benarnya dan ikhlas.

Dari Tamim Ad-Dari, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Agama itu nasihat.” Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?” Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, serta imam-imam kaum Muslim dan rakyatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sebagai contoh, mungkin ada maklumat yang bertujuan memberi nasihat dan membantu meningkatkan keimanan seseorang tetapi tidak semua  boleh menerimanya sebagai penulisan akademik. Mungkin segelintir golongan mengkritik penulisan tersebut kerana ia tidak ditulis oleh seorang cendekiawan. Sangat penting untuk difahami bahawa bahan-bahan yang tiada unsur ilmiah atau akademik, juga masih boleh digunakan untuk membantu orang ramai.

Maklumat berbeza dengan niat untuk meningkatkan keimanan orang lain. Video dan buku  juga boleh membantu setiap detik kehidupan kita, bergantung kepada apa yang sedang dilalui. Sebagai contoh, semasa kita mengharungi kesusahan atau ketika anda berusaha muhasabah diri untuk meningkatkan lebih banyak ibadah, tidak semestinya bahan yang bersifat ilmiah atau akademik dapat membantu.

Kita tidak perlu membataskan diri dalam mencari nasihat kerana kita sendiri tidak tahu mana satukah buku, video atau artikel bersifat  Islamik yang dapat membantu. Allah SWT mengetahui tentang segala sesuatu. Kita hendaklah terus berusaha menggunakan setiap peluang dan ruang yang ada untuk meningkatkan hubungan dengan Allah.

Apabila mengkritik sesuatu maklumat yang diterbitkan bertujuan untuk menasihati dan memberi manfaat kepada keimanan orang lain tetapi disebabkan ia tidak mempunyai unsur-unsur akademik atau ilmiah, ini boleh menghalang dan melambatkan penyebaran pelbagai maklumat bermanfaat.

Ia juga akan mencambah benih kesombongan dalam diri dan beranggapan kita mengetahui  semua perkara, sedangkan sebagai umat Islam kita yakin bahawa akhirnya Allah SWT sahaja yang mengetahui semua perkara. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan masuk Syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.” (HR Sahih Muslim, 51)

Keadaan dan masa dalam menyampaikan nasihat serta bagaimana menolong setiap individu  adalah ditentukan oleh Allah SWT. Pada akhirnya, anda  sendiri perlu mencari jalan untuk meningkatkan keimanan dan hanya dengan demikian sahaja ia dapat diperkuatkan.  Walau bagaimanapun, sudah tentu laluannya  berbeza-beza bagi setiap orang.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Nasihat yang membantu meningkatkan keimanan kita
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more