Solat dan amalan timbangannya pada Allah SWT : Pena Hijau

Solat dan amalan timbangannya pada Allah SWT

Avoid Certain Friends
Kita memerlukan peringatan dalam kehidupan ini
5 Oct 2020
10 Perkara Ini Suami Perlu Sedia Untuk Isteri, Sementara Hayat Masih Ada.
10 Perkara Ini Suami Perlu Sedia Untuk Isteri, Sementara Hayat Masih Ada.
6 Oct 2020
muslim prayers

Allah SWT akan mengadili segala perbuatan kita dan ianya akan dibalas. Menyucikan Allah daripada menyamakan Allah dengan makhluk lain (Subhanallah) dan berikrar bahawa Allah itu satu (La ilaha illallah) merupakan amalan yang memberatkan timbangan kita.

Abu Salma r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang lebih berat timbangannya selain daripada Subhanallah, Alhamdulillah,  Lailaha illa llah, Allahu akbar, dan ibu bapa Muslim yang anaknya meninggal dan dia bersabar menghadapinya kerana Allah.” (Sahih Ibn Hibban)

Dalam hadis yang lain pula, Suatu hari, Abdullah bin Mas’ud bermaksud mengambil sebatang ranting di pohon untuk dijadikan siwak. Ketika berada di atas, tiba-tiba angin berembus sangat kencang sehingga tersingkaplah bagian bawah pakaiannya. Saat itu terlihat kedua telapak kaki dan betisnya yang kecil.

Para sahabat yang ketika itu tidak jauh darinya,  menertawakannya. “Apa yang sedang kalian tertawakan?” tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. “Kedua betis Abdullah bin Mas’ud yang kecil, wahai Nabiyullah,” jawab sahabat.

Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kedua betisnya itu lebih berat timbangannya daripada Gunung Uhud di  Mizan nanti.” (Hadis riwayat Ahmad). Ucap Rasulullah SAW membungkam tawa mereka.

Ini menunjukkan bahawa nilai seseorang bukan pada rupa tetapi pada iman dan amal. Sahabat memperlekehkan betis yang kecil, dan Nabi Muhammad SAW terus menyatakan bahawa betis itu lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud yang besar. Jelas di sini bahawa nilai kita bergantung pada hubungan kita dengan Allah SWT.

Amalan lain yang berat timbangan amalnya ialah memudahkan urusan orang dan melangsaikan hutang orang yang dalam kesusahan. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)

Amalan pertama yang dihisab ialah solat. Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Perkara yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan yang diputuskan pertama kali di antara manusia adalah (yang berkaitan dengan) darah.” (HR An-Nasa’i)

Kita tidak boleh mengabaikan solat walau di mana kita berada. Kita hendaklah solat pada awal waktu dengan penuh khusyuk dan rasa kehambaan. Solatlah seolah-olah ia adalah solat yang terakhir. Cubalah memahami maksud bacaan-bacaan di dalam solat supaya kita lebih khusyuk.

Sumber : Salam Web Today

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ