Wanita dalam menjaga kerjaya dan keutamaan hidup : Pena Hijau

Wanita dalam menjaga kerjaya dan keutamaan hidup

Isteri Kena Tahu Beza Antara Nafkah Dan Duit Poket Pemberian Suami
Isteri Kena Tahu Beza Antara Nafkah Dan Duit Poket Pemberian Suami
30 Sep 2020
ID 131512562 © Chernetskaya | Dreamstime.com
Kesopanan adalah sifat penting – aspek tingkah laku dan berpakaian
1 Oct 2020
Isteri Kena Tahu Beza Antara Nafkah Dan Duit Poket Pemberian Suami
Isteri Kena Tahu Beza Antara Nafkah Dan Duit Poket Pemberian Suami
30 Sep 2020
ID 131512562 © Chernetskaya | Dreamstime.com
Kesopanan adalah sifat penting – aspek tingkah laku dan berpakaian
1 Oct 2020
dreamstime_s_140783880
icon follow us

Apabila menyentuh soal wanita dan kerjaya, kita sering mengaitkan dengan kesukaran membahagi keutamaan. Adakah tuntutan tugas di tempat kerja itu lebih penting berbanding tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah. Dari satu sudut, kerjaya yang baik dapat membina dan menjamin masa hadapan selain membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Di Malaysia, peratusan wanita berkerjaya meningkat begitu ketara disebabkan tahap pendidikan dan kelayakan wanita meningkat berbanding generasi wanita yang lalu. Penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan sama ada bekerja sendiri atau bergaji tetap di sektor awam mahupun swasta atau terlibat secara langsung sebagai pembuat dasar telah diterima sejak berabad lamanya.

Dalam sejarah Islam sendiri, keagungan Ratu Balqis yang memerintah Kerajaan Saba’ sudah cukup membuktikan keupayaan wanita dalam mengendali sesuatu di luar ruang lingkup diri dan keluarga.

Pada zaman Rasulullah SAW sendiri wanita telah melaksana peranannya dalam memberikan janji setia dan ketaatan kepada kenabian Baginda melalui bai’ah iaitu Nusaybah binti Ka’ab dan Asma binti Amr bin Adiy. Dalam perniagaan, Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a adalah ahli perniagaan terkemuka lagi disegani.

Begitu juga peranan wanita dalam proses pembuat keputusan di zaman Rasulullah SAW melalui pandangan yang diberikan walaupun bukan secara formal sebagaimana proses pembuatan keputusan dalam pentadbiran hari ini.

Dalam menentukan keutamaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, Islam menggariskan lima perkara yang perlu dijaga dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, menjaga diri (jiwa), menjaga akal, menjaga harta dan menjaga nasab keturunan.

Usaha membangunkan kemaarufan, berakhlak mulia, menjaga maruah dan mencegah kemungkaran juga perlu dilakukan. Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kaum musyrikin, Baginda telah menerima pelbagai ancaman dan kekerasan. Namun, Rasulullah menghadapinya dengan kesabaran dan ketenangan kerana yang menjadi keutamaannya ialah usaha dakwah dan tarbiyah.

Sesungguhnya, benarlah sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:  “Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra, ayat 7)

Neraca kehidupan yang kita bina perlu meletakkan keutamaan sebagaimana yang diajar oleh Islam. Orang yang berilmu, kehidupannya ibarat pisau bermata dua. Kedua-dua belah pisau itu tajam. Sekiranya ilmu yang digunakan itu bertujuan untuk kebaikan, maka sudah tentu akan menatijahkan keuntungan dan manfaat sejagat. Begitulah sebaliknya akan menikam dan memakan tuannya sendiri.

Kajian yang dijalankan kepada wanita berkerjaya di pelbagai industri pekerjaan di Malaysia mendapati 63% pekerja tidak meluangkan masa yang cukup bersama keluarga disebabkan bebanan kerja. Ada yang perlu bekerja lebih masa setiap hari selama dua ke tiga jam. Ini termasuklah pada hari cuti. Hal ini menyebabkan banyak rumah tangga berantakan tidak kurang juga yang terpaksa berpisah kerana tekanan yang melampau.

Justeru anda perlu menentukan keutamaan dalam hidup sama ada memilih kerjaya atau keluarga atau kedua-duanya sekali. Apa yang penting tepuk dada dan tanya kesanggupan anda mengharungi semua cabaran itu.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Wanita dalam menjaga kerjaya dan keutamaan hidup
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more