Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu : Pena Hijau

Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu

ANE 20201111 masjid pertama dalam sejarah islam
Masjid Quba’, Madinah – pertama dan tertua dalam sejarah Islam
11 Nov 2020
dreamstime_s_200365851
Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT
12 Nov 2020
ANE 20201111 masjid pertama dalam sejarah islam
Masjid Quba’, Madinah – pertama dan tertua dalam sejarah Islam
11 Nov 2020
dreamstime_s_200365851
Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT
12 Nov 2020
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
icon follow us

Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu | Dalam urusan rumah tangga satu perkara yang suami perlu fahamkan adalah mengenai duit dan pendapatan isteri. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja. Perlu tahu bahawa duit isteri bukanlah duit suami, nak suruh isteri bayar itu dan ini kena tanya dulu. Jangan anggap pendapatan isteri, merupakan duit yang suami boleh gunakan sesuka hati.

“Yang ini awak bayar, yang itu saya bayar”

Perlu diingatkan, duit isteri bukan duit suami.

Suami takde hak ke atas duit isteri, tapi isteri ada hak ke atas duit suami.

Sebelum nak suruh isteri bayar itu ini dalam rumahtangga, tanya dulu isteri, dia izinkan atau tidak duit dia digunakan oleh kita untuk meringankan beban kita.

BACA JUGA :: ‘Gaji Suami Kecil Dari Isteri, Tapi Tetap Beri Duit Nafkah Walaupun RM50’

Tanya dulu.

Jangan mempergunakan isteri dengan alasan dia bekerja, maka dia perlu bayar itu, perlu bayar ini. Setiap sen yang isteri gunakan untuk membayar apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, perlu dia halalkan, perlu dia redha, jika tidak ianya akan menjadi haram.

Suami tak boleh guna duit isteri jika isteri tak izinkan.

Sebab tu, kalau nak kahwin, kena mampu…mampu dari segala segi. Mampu tu kuncinya…bukan setakat mampu menyediakan mas kahwin dan wang hantaran, mampu buat album perkahwinan, mampu buat pelamin 3k, 4k, mampu sewa baju pengantin, mampu ambik photographer…tapi mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila dah bergelar suami nanti.

Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan, ini antara nafkah zahir yang seorang suami perlu sediakan tanpa sebarang syarat kepada isteri.duit isteri

Jangan sesekali menganggap pendapatan isteri itu sebagai duit yang kita boleh gunakan sesuka hati untuk membayar hutang-hutang kita, membeli barangan-baranan keperluan dan belanja rumah, bil-bil utiliti dan sebagainya. Duit dia, is duit dia…kita takde hak, kecuali dia yang izinkan, dia halalkan dan dia redha untuk kita gunakan.

Jika tidak, kita yang jadi suami ni masih perlu gunakan duit sendiri untuk menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kita hatta sampai tinggal seringgit dalam dompet.Itu lebih baik daripada menggunakan duit yang bukan hak kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya suami perlu faham betul-betul hukum menggunakan duit isteri ini dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga.

Namun demikian dalam perkahwinan ada tolak ansurnya, isteri tidaklah begitu kejam hanya membiarkan suami menanggung segala kesempitan bersendirian. Apa yang penting suami faham, tahu tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan diatas ‘kemurahan’ hati isteri yang sudi membantu.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more