Ego dan pentingkan diri: virus yang mengatasi COVID-19 : Pena Hijau

Ego dan pentingkan diri: virus yang mengatasi COVID-19

Isteri Urus Sepenuhnya Rumahtangga Dari Pagi Sampai Malam, Jangan Hairan Bila Isteri Mula Berubah.
Isteri Urus Sepenuhnya Rumahtangga Dari Pagi Sampai Malam, Jangan Hairan Bila Isteri Mula Berubah.
24 Nov 2020
20201128 kota pompeii itali
Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii
28 Nov 2020
Isteri Urus Sepenuhnya Rumahtangga Dari Pagi Sampai Malam, Jangan Hairan Bila Isteri Mula Berubah.
Isteri Urus Sepenuhnya Rumahtangga Dari Pagi Sampai Malam, Jangan Hairan Bila Isteri Mula Berubah.
24 Nov 2020
20201128 kota pompeii itali
Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii
28 Nov 2020
Covid-19 concept chômage, jeune, travailleur, masque
icon follow us

Gelombang ketiga serangan virus COVID-19 berisiko menyerang umat manusia sebagai gelombang keempat. Ia mungkin terjadi sekiranya pelbagai alternatif menemui kegagalan seperti perintah kawalan pergerakan, perintah berkurung dan penutupan sementara pusat-pusat ekonomi.

Alternatif-alternatif yang dilakukan ini sebenarnya umpama pisau yang bermata dua. Di mana ia mampu membantutkan penyebaran sementara wabak ini. Namun, dalam masa yang sama turut membantutkan kehidupan manusia bahkan ada kehidupan yang menemui titik noktah.

Petugas-petugas kesihatan adalah antara mereka yang terus-menerus berjuang dan mengharungi badai taufan pandemik COVID-19. Terus-menerus mengorbankan masa berharga mereka terpisah dari orang tersayang, asalkan tidak ada lagi manusia yang terus terkorban.

Begitu juga dengan para pemimpin negara yang berterusan memerah minda dan akal mereka. Mereka memikirkan penyelesaian yang terbaik dalam mengekang penyebaran wabak ini, walaupun terpaksa melakukan pengorbanan yang besar terhadap negara seperti penutupan pusat-pusat ekonomi dan sebagainya.

Sungguh pun begitu, masih wujud lagi sebahagian golongan manusia yang dipenuhi keegoan. Sikap mementingkan diri sendiri mereka terbukti apabila tidak mahu bekerjasama dalam mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh para pemimpin negara mereka.

Pemakaian topeng pelitup muka yang kini menjadi norma baharu umat manusia, dipandang enteng oleh golongan egois ini dengan tidak memakainya.

Begitu juga dengan kuarantin kendiri yang seharusnya dilakukan apabila pulang daripada negara luar atau kawasan-kawasan zon. Golongan egois ini sudahlah tidak mahu melakukan kuarantin kendiri. Malah sibuk pula melawat kawasan-kawasan yang belum lagi bertukar merah dan bersosial dengan manusia lain.

Walaupun pergelangan tangan mereka dililiti dengan gelang merah jambu sebagai tanda mereka perlu dikuarantin. Namun, hakikatnya hati mereka tidak dililiti perasan malu dan bersalah apabila mengingkari perintah kuarantin kendiri tersebut.

Kewujudan majoriti manusia egois ketika pandemik, terutamanya yang terdiri daripada golongan kaya-raya sememangnya menyedihkan. Limpahan wang ringgit mengelabukan mata mereka. Mereka sanggup pergi bercuti ke sana sini ketika golongan sederhana dan miskin berhempas pulas membanting tulang dalam menghadapi pelbagai masalah sewaktu pandemik ini.

Entah mengapa, kekayaan membuatkan mereka merasa kebal. Seolah-olah tidak perlu mengikuti segala perintah yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerana mereka merasakan limpahan wang ringgit tersebut mampu menyelamatkan mereka daripada serangan wabak ini.

Namun, amat menyedihkan lagi apabila sebahagian pemimpin negara sendiri, yang melanggar perintah yang dikeluarkan. Bahkan, mereka pula yang menyumbang kepada kenaikan angka kes-kes terbaharu di negara mereka, dalam kurangnya atau ketidak wujudan sumbangan mereka dalam menangani pandemik ini.

Ingatlah pesanan Nabi junjungan kita Muhammad SAW:

“Tiga perkara yang membinasakan: Orang yang kedekut ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan seseorang itu merasa kagum pada dirinya.”

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Sesungguhnya, tiada kebaikan yang datang dengan menjadi seorang egois dan mementingkan diri sendiri. Apatah lagi ketika virus COVID-19 ini mengganas tanpa henti. Kedua-dua sifat ini bukan sahaja membinasakan diri sendiri, malah membinasakan manusia lain pula.

Tidak kira siapa kita, miskin atau kaya, rakyat mahupun pemimpin. Jauhilah kedua-dua sifat ini dan teruskan membantu negara dan dunia dalam menoktahkan penyebaran virus ini. Seharusnya virus COVID-19 yang perlu kita noktahkan, bukannya kita pula yang menjadi virus!

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ego dan pentingkan diri: virus yang mengatasi COVID-19
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more