Hukum Bercakap Ketika Khutbah Jumaat: Nasihat Untuk Ibu Bapa & Anak-Anak : Pena Hijau

Hukum Bercakap Ketika Khutbah Jumaat: Nasihat Untuk Ibu Bapa & Anak-Anak

20260306 perjalanan mek
Sebuah Perjalanan Terakhir: Dari Ujian Sakit Hingga Ke Pusara
6 Mar 2026
20260306 perjalanan mek
Sebuah Perjalanan Terakhir: Dari Ujian Sakit Hingga Ke Pusara
6 Mar 2026
20260417 bercakap bermain khatib berkhutbah solat jumaat
icon follow us

Bercakap Ketika Khutbah Jumaat di Masjid Mukim Pintu Geng | Tengah hari tadi, satu situasi yang agak biasa tapi sebenarnya serius berlaku di masjid. Ketika khatib sedang berkhutbah, Abey ternampak dua orang budak di saf depan Abey — mula dengan bermain, akhirnya bertukar jadi bergaduh sampai pukul-memukul. Mujur jemaah sebelah cepat bertindak menenangkan keadaan.

Di bahagian belakang pula, ada yang berbual, ada yang leka main game di telefon hingga mengganggu jemaah lain. Bayangkan Abey boleh dengar bunyi bising tu walaupun budak-budak tu berada dibucu ruang masjid 4/5 saf di belakang Abey.

Terus terang, Abey teringat satu kisah tahun lepas kalau tak silap Abey…
Pernah satu ketika dulu, Abey sendiri terpaksa cubit budak sebelah sebab terlalu bising waktu khutbah. Walaupun ayah budak tu ada dekat situ, Abey dah tak kira — sebab waktu tu khutbah sedang berlangsung dan menggangu Abey.

Dan lagi satu kenangan… masa kecil dulu, ayah Abey adalah khatib di masjid MRSM Kuala Terengganu. Abey memang elak duduk dengan kawan-kawan sekolah. Bukan sebab sombong… tapi tahu sangat kalau duduk sekali, mesti akan ajak bersembang. Ayah ada kat depan, silap-silap kena sound dengan ayah lepas solat. 😅

 

Kenapa Tak Boleh Bercakap Ketika Khutbah?

Dalam Islam, khutbah Jumaat bukan sekadar ceramah biasa. Ia adalah sebahagian daripada ibadah solat Jumaat.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ أَنْصِتْ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ

“Jika kamu berkata kepada rakanmu ‘diamlah’ sedangkan imam sedang berkhutbah, maka kamu telah melakukan perkara yang sia-sia”

( Hadis Riwayat Al-Bukhari, Nom Hadis 934 )

Bayangkan… suruh orang diam pun dikira lagha (sia-sia), apatah lagi berbual kosong, bermain atau bergaduh.

 

Kesan Tidak Fokus Ketika Khutbah

Apabila kita tidak menjaga adab ketika khutbah :

❌ Hilang pahala Jumaat
❌ Tidak mendapat manfaat daripada peringatan khutbah
❌ Mengganggu kekhusyukan jemaah lain
❌ Membentuk sikap tidak hormat kepada masjid

 

Nasihat Untuk Adik-Adik Yang Datang Masjid

Abey faham — kanak-kanak memang aktif. Masjid bukan tempat mudah untuk duduk diam lama-lama. Tapi adab tetap perlu dijaga.

Pesanan ringkas untuk adik-adik :

  • Duduk diam dan dengar khutbah
  • Elakkan bermain atau berlari dalam masjid
  • Jangan bercakap kuat atau bergurau
  • Hormat jemaah lain yang sedang beribadah

Masjid bukan taman permainan — ia rumah Allah.

 

Nasihat Untuk Ibu Bapa

Bawa anak ke masjid adalah satu usaha yang sangat baik. Tapi ia datang dengan tanggungjawab.

Perkara Cadangan
Kawalan anak Pastikan anak duduk bersama dan dipantau
Pendidikan awal Terangkan adab di masjid sebelum datang
Susunan tempat duduk Elakkan duduk bersama geng kawan yang boleh ajak bermain
Disiplin Tegur dengan hikmah, bukan marah melulu
Alternatif Jika anak terlalu kecil & sukar dikawal, pertimbangkan untuk bergilir hadir

Kadang-kadang, bukan salah anak sepenuhnya — mereka belum faham. Di sinilah peranan ibu bapa sebagai pendidik.

 

Peranan Jemaah Lain

Jika nampak situasi seperti ini :

  • Tegur dengan lembut
  • Elakkan bertindak kasar
  • Utamakan suasana harmoni dalam masjid

Apa yang penting, kita sama-sama menjaga adab dan suasana ibadah.

 

 

 

Khutbah Jumaat bukan masa untuk berbual, bermain atau leka dengan dunia. Ia adalah peringatan mingguan untuk kita kembali kepada Allah.

Kalau kita sendiri tak hormat khutbah, bagaimana anak-anak nak belajar menghormatinya?

Abey juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati Abey. Semoga segala kebaikan itu dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

 

Jom Berinteraksi

Kalau anda pernah alami situasi sama:

👍 Tekan Like
🔁 Share supaya lebih ramai sedar
💬 Komen pengalaman atau pandangan anda di bawah

Abey sangat hargai setiap perkongsian daripada anda semua.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊

Comments are closed.

Hukum Bercakap Ketika Khutbah Jumaat: Nasihat Untuk Ibu Bapa & Anak-Anak
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more