Isteri Dibenarkan Memohon Cerai Dari 9 Situasi Ni, Tiada Istilah Tidak Bau Syurga
5 Nov 2020Kalau Nak Ipar Duai Mesra Macam Kawan Kawan, 3 Pantang Larang Ini Jangan Dilanggar
7 Nov 2020Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga. Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Apa khabar semua. Mama doakan semua dalam keadaan yang sihat dan dalam rahmath Allah. Mama nak share sedikit tentang Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga
Alangkah indahnya jika kita boleh mendapat jaminan syurga dari Allah.
Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
Daripada ‘Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: “Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian.” (HR Ahmad No: 21695) Status: Hadis Hasan
Kesimpulan hadith:
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:
1. Jujur jika berbicara
Ibnu Qayyim berkata: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran akan membezakan antara munafik dan beriman.
2. Menepati janji
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.
3. Menunaikan amanah
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan
4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)
5. Menundukkan pandangan
Ibnu Qayyim berkata: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran
6. Menahan tangan
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, maupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya.
Marilah kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan.
Sumber: 1 hari 1 hadis
Sumber : Mamapipie.com