Ijab dan qabul dalam akad jual beli dalam talian? Ini penjelasannya : Pena Hijau

Ijab dan qabul dalam akad jual beli dalam talian? Ini penjelasannya

20201128 bersangka baik sesama manusia
Bersangka baik sesama manusia
28 Nov 2020
20201130-poligami
Rasulullah SAW Dan Poligami
30 Nov 2020
20201128 bersangka baik sesama manusia
Bersangka baik sesama manusia
28 Nov 2020
20201130-poligami
Rasulullah SAW Dan Poligami
30 Nov 2020
20201128 akad jual beli ijab qabul online
icon follow us

Ijab dan qabul dalam akad jual beli dalam talian | Dalam jual beli yang sah di sisi Islam, ijab dan qabul jual beli merupakan salah satu syarat sah jual beli yang dijalankan antara kedua-dua belah pihak. Namun, bagaimanakah dengan kedudukan ijab dan qabul bagi jual beli secara dalam talian atau online?

Berdasarkan maksud syarak, akad memberi makna kesimpulan daripada proses tawar-menawar yang dijalankan antara penjual dan pembeli bagi sesuatu cadangan dan juga penerimaan.

Dalam kalangan ahli fekah, ia merujuk kepada pertukaran antara satu harta dengan harta yang lain atas persetujuan kedua belah pihak yang bersetuju melakukannya.

Dalam akad, mestilah terdapat proses ijab dan juga qabul iaitu penawaran daripada satu pihak dan penerimaan daripada pihak yang lain. Untuk kita memahaminya dengan lebih mudah, dapatlah dikatakan bahawa akad ini ialah satu kontrak dalam proses jual beli.

Dalam sesuatu proses jual beli yang dijalankan, mestilah terdapat rukun yang menjadikan sesuatu kontrak jual beli itu sah di sisi Islam. Setiap rukun tersebut juga mempunyai syarat-syarat tertentu.

Bagi jual beli yang sah dalam Islam, terdapat tiga rukun penting iaitu:

Mereka yang terlibat dalam akad jual beli mestilah seorang yang waras, baligh, dan berkemampuan dalam menguruskan harta. Selain itu, pihak yang terlibat juga mestilah bebas untuk membuat pilihannya sendiri dan bukannya dipaksa.

Bagi mengesahkan kerelaan jual beli antara kedua belah pihak, lafaz ijab dan qabul mestilah dilaksanakan dengan jelas antara keduanya tanpa kesamaran atau keraguan.

Untuk syarat bagi barang jualan pula, barang tersebut mestilah barang yang mempunyai nilai di sisi syarak. Selain itu, barangan tersebut mestilah barangan yang mempunyai faedah dan bukan barangan yang memberikan mudarat. Barangan tersebut juga mestilah barangan yang boleh diserahkan dan boleh dilihat.

Sighah atau ijab dan qabul bagi jual beli online sebenarnya berlaku secara nyata, iaitu dalam bentuk tulisan digital. Hukumnya adalah sah iaitu sama dengan jual beli yang dilaksanakan melalui tulisan.

Apa yang lebih penting ialah, ijab dan kabul itu mestilah dapat dilihat secara fizikal iaitu melalui tulisan, dan tulisannya dapat difahami oleh kedua-dua pihak. Akad melalui jual beli online diketahui melibatkan penggunaan internet dan juga peralatan seperti komputer.

Walaupun jual beli ini tidak dilaksanakan secara berhadapan antara kedua-dua belah pihak, komunikasi ijab dan qabul ini masih lagi sah. Ini kerana ia adalah sejenis akad yang dijalankan secara berjauhan (Al-Ghaiban).

Melalui penggunaan komputer dan juga internet, akad dikira sempurna dan sah apabila terdapat tawaran dan penerimaan yang jelas walaupun tidak berjumpa secara fizikal.

Dapatlah diringkaskan bahawa ijab dan qabul bagi jual beli dalam talian atau online  adalah sah jika kesemua rukun jual beli tersebut dipenuhi.

Walaupun pembeli dan penjual tidak berjumpa secara fizikal bagi melakukan ijab dan qabul jual beli, syarat-syarat jual beli tersebut masih lagi dipenuhi dengan jelas melalui medium internet.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ijab dan qabul dalam akad jual beli dalam talian? Ini penjelasannya
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more