Rasulullah SAW Dan Poligami : Pena Hijau

Rasulullah SAW Dan Poligami

20201128 akad jual beli ijab qabul online
Ijab dan qabul dalam akad jual beli dalam talian? Ini penjelasannya
28 Nov 2020
20201204-rebut-pahala-free
Rebut Pahala Free Dari Allah
4 Dec 2020
20201128 akad jual beli ijab qabul online
Ijab dan qabul dalam akad jual beli dalam talian? Ini penjelasannya
28 Nov 2020
20201204-rebut-pahala-free
Rebut Pahala Free Dari Allah
4 Dec 2020
20201130-poligami
icon follow us

Kalau disebut pasal poligami, ada pihak yang suka dan ada pihak yang kurang selesa untuk dibincangkan. Tidak kurang ada juga yang menentang sekeras-kerasnya poligami walhal ianya diharuskan di dalam agama Islam.

Sepanjang perkahwinan pertama Nabi Muhammad SAW bersama Siti Khadijah RA, baginda tidak pernah berpoligami. Setelah kematian Siti Khadijah RA, barulah Rasulullah SAW mengamalkan poligami dengan sebab-sebab tertentu.

Antara sebab utama baginda mengahwini isteri-isteri baginda adalah :

  1. Khadijah binti Khuwalid RA – hartawan dan bangsawan Quraisy yang banyak memberi sumbangan dana untuk Islam
  2. Aisyah binti Abu Bakar RA – diwahyukan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Aisyah banyak meriwayatkan hadis Rasulullah SAW.
  3. Hafsah binti Umar RA – melindungi balu sahabat yang gugur di medan perang. Mengeratkan persaudaraan dan memuliakan sahabat Baginda yang banyak berjasa kepada Islam
  4. Zainab binti Khuzaimah r.a – menghilangkan kesedihan yang datang secara bertimpa-timpa. Memberi perlindungan setelah kematian suami. Memberi kasih sayang terhadap anak-anak yang kehilangan bapa
  5. Ummu Salamah binti Umayyah r.a – memuliakan isteri sahabat yang telah mati syahid
  6. Zainab binti Jahsh r.a – memberi penghormatan kepada Zainab
  7. Juwayriyah binti Harith r.a – menghapuskan rasa dendam Bani Mustaliq terhadap kaum Muslimin selepas tewas dalam peperangan. Berikutan perkahwinan ini, sebahagian besar kaum Bani Mustaliq memeluk Islam
  8. Ummu Habibah binti Abu Sufyan r.a – agar Ummu Habibah tidak terus dibelenggu kesedihan serta melemahkan imannya. Melembutkan hati bapanya, Abu Sufyan yang merupakan musuh ketat Islam dan ketua kaum Musyrikin
  9. Saffiyah binti Huyay r.a – melindunginya sebagai tawanan perang yang dibebaskan. Memberi penghormatan kepada anak ketua pemimpin Yahudi. Menarik minat kaum Yahudi terhadap Islam
  10. Maymunah binti al-Harith r.a – memuliakan bapa saudara Baginda, Abbas kerana banyak memberi perlindungan pada peringkat awal penyebaran agama Islam. Memujuk dan menarik minat dua tokoh kafir Quraisy yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Abbas

 

Oleh itu, Berpeganglah pada syariat Islam dan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian kita. Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan teladan untuk diikuti. Kepada yang menetang poligami, ketahuilah poligami itu tidak salah. Yang salah adalah pengamalnya yang tidak mengikuti kehendak syariat.

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

(Surah an-Nisaa, 4 : ayat 3)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Rasulullah SAW Dan Poligami
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more