Makin Berusaha Makin Susah, Cuba Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca Ni : Pena Hijau

Makin Berusaha Makin Susah, Cuba Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca Ni

Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
19 Nov 2020
dreamstime_s_179933523
Gambaran akhlak Muslim: adab berbicara dalam Islam
20 Nov 2020
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
19 Nov 2020
dreamstime_s_179933523
Gambaran akhlak Muslim: adab berbicara dalam Islam
20 Nov 2020
Makin Berusaha Makin Susah, Cuba Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca Ni
icon follow us

Makin Berusaha Makin Susah, Cuba Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca Ni | Apabila tuhan uji dengan masalah bertimpa-timpa. Berusaha untuk bebaskan diri dari kesusahan, makin juga susah, masalah datang tak surut. Hakikatnya, setiap ujian itu tuhan datangkan dengan penyelesaiannya.

Indah perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz ini. Penyelesaian masalah dengan permohonan doa agar Allah SWT membimbing kita mengatasi masalah atau ujian hidup dengan husnul khatimah atau pengakhiran yang baik-baik.

Tuan-puan dimuliakan,
Pernahkah anda hadapi ujian & masalah, kemudian anda berusaha cari jalan keluar tapi alih-alih masalahnya tak selesai bahkan makin memburuk?

BACA JUGA :: Kisah Ustaz Ceritakan Amalan Doa Pembuka. Mencurah Rezeki Datang Saat Tak Disangka

Saya pernah hadapi situasi tersebut. Situasi bergelar ‘usaha jalan mati’. Kita dah cuba macam-macam cara tapi hidup makin susah. Hati makin stress. Tak tahu dah nak buat apa. Buntu.

Dan saya pernah minta nasihat dari tok guru, ‘Ya Syeikh, kenapa makin saya berusaha, makin susah jadinya?’

Lalu tok guru nasihat, ‘Bacalah Al-Quran. Tuhan ada beri pedoman berupa, masalah yang kita hadapi tak selesai bukan sebab kita tak berusaha tapi,
–> Sebab Allah tak tolong.

Saya terperanjat mendengar kata tok guru. Tapi lepas beliau jelaskan, saya makin faham. Tok guru kata, masalah yang kita hadapi sekarang tak kira besar atau kecil, semuanya boleh jadi besar, rumit & stress jika Allah tak bantu.

Andai Tuhan hulurkan bantuan, semua problem yang manusia rasa impossible nak settle pun boleh selesai. Contohnya banyak Tuhan share dalam Al-Quran seperti :
–> situasi getir Nabi Musa a.s. yang berhadapan ‘jalan mati’. Di belakangnya Firaun & tenteranya ready nak ‘sembelih’ group baginda sedangkan di hadapannya lautan terbentang luas. Tiada jalan keluar dah.

Tapi dalam keadaan getir itu, Nabi Musa kekal tenang kerana hatinya 100% taqwa & tawakkal kepada Ilahi. Dan kita semua tahu happy ending yang tidak disangka itu. Laut terbelah membentangkan ‘permaidani jalan keluarnya’ buat baginda.

Maka tok guru pesan, ketika kita berhadapan situasi mencengkam hidup, kuatkan 3 perkara :

doa gred A

Dan tok guru kongsikan satu doa gred A yang sangat cantik untuk kita amalkan. Doa gred A yang pernah Rasulullah s.a.w baca ketika baginda menghadapi tekanan hebat dari kafir Quraisy Mekah. Lalu Tuhan perintahkan untuk berhijrah ke Madinah.

Dan Allah s.w.t rakam doa gred A tersebut dalam Al-Quran sebagai panduan untuk kita : jika situasinya lebih kurang sama, amalkan doa ini.

Percayalah, Tuhan akan kurniakan happy ending di hujungnya jika kita amalkan doa gred A ni. Husnul khatimah seperti yang Rasul s.a.w kecapi. Selepas hijrah ke Madinah, dakwah islam tersebar luas. Dan 10 tahun kemudiannya, baginda berjaya memasuki semula Makkah dengan aman & damai.

Inilah doa gred A. Terakam dalam Surah Al-Isra’, ayat 80 :

رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطَٰنًا نَّصِيرًا
‘Ya Rabb, masukkanlah aku dengan kemasukan yang benar dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong’

Cubalah amalkan doa gred A ini dengan TAQWA. Cubalah baca dengan TAWADHUK. Yakinlah dengan kekuasaan, Qudrah & IradatNya.

Jika dahulu Dia mampu ‘kuak’kan lautan membantu Nabi Musa,
Insyaallah, Dia mampu ‘kuak’kan masalah kita walau seluas lautan sekalipun.
Diharap dengan doa ini, ia bantu datangkan kesedaran bahawa masalah hanyalah setitik ujian sedangkan kita masih hidup di tengah belantara bahagia.
Moga hati lebih lapang dengannya, Amin.

Dalam masa sama saya nak mengajak kita jalankan ikhtiar menjemput bantuan Ilahi melalui usaha berkah iaitu BERSEDEKAH. Ulama banyak berpesan, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita.

What you give, you get back, 10 KALI GANDA dari Ilahi.

Saya ingin berkongsi peluang bersedekah ke tempat yg amat berkah. Kita sedekah/infaqkan Al-Quran kepada pelajar tahfiz. Pelajar-pelajar ni setiap hari mengaji. 24 jam tu depa buat amal soleh je. Doa mereka saya yakin lebih makbul.

Kita infaqkan Al-Quran untuk mereka guna mengaji setiap hari dan mohon anak-anak ni doakan kemudahan hidup kita dunia akhirat. InsyaAllah pahala mengaji depa ni akan kita perolehi berterusan hingga hari kiamat.

Kami ada menguruskan program waqaf Al-Quran kepada pelajar tahfiz seluruh Malaysia menerusi program infaq Ahlullah. Hampir 800 Al-Quran telah kami serahkan kepada beberapa maahad tahfiz. Anda boleh ikuti perkembangan penyerahan Quran waqaf tersebut di Fb khasnya : PROGRAM INFAQ AHLULLAH.

Jemput sertai waqaf Al-Quran kepada anak-anak bertuah ni. Moga ia menjadi ASBAB Tuhan mempermudahkan urusan kita bersama.

Klik Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Makin Berusaha Makin Susah, Cuba Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca Ni
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more