Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju : Pena Hijau

Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju

20201128 masjid terapung di perak dan perlis
Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia
28 Nov 2020
Burj Khalifa Miliki Tiga Waktu Berbuka Puasa
13 Apr 2021
20201128 masjid terapung di perak dan perlis
Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia
28 Nov 2020
Burj Khalifa Miliki Tiga Waktu Berbuka Puasa
13 Apr 2021
20210116-kemaskini-alamat-penghantaran
icon follow us

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan kepada beberapa buah negeri dan penutupan sementara pejabat dan premis perniagaan, Pos Malaysia menawarkan kemudahan untuk mengemaskini alamat penghantaran bungkusan ke alamat rumah anda.

Kemudahan ini hanya melibatkan penerima bungkusan Pos Laju di seluruh negara dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Sekiranya anda berada di Lembah Klang, anda boleh mengemaskini alamat penghantaran ke mana-mana alamat kediaman di Lembah Klang. Jika anda di luar Lembah Klang, pengemaskinian alamat hanya diberikan ke alamat kediaman yang terletak di kawasan liputan yang sama dengan alamat penghantaran asal.

Anda boleh mengemaskini alamat penghantaran di URL https://outletoperations.pos.com.my/RedirectionRequest. Kemudahan ini disediakan dari 13 Januari 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pos Malaysia.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more