Pekerjaan dalam Islam: mencari reda Allah SWT : Pena Hijau

Pekerjaan dalam Islam: mencari reda Allah SWT

Teguran Untuk Suami Pemalas, Memilih Kerja & Harap Isteri Tanggung Keluarga!
Teguran Untuk Suami Pemalas, Memilih Kerja & Harap Isteri Tanggung Keluarga!
17 Nov 2020
labo médo
Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia
18 Nov 2020
Teguran Untuk Suami Pemalas, Memilih Kerja & Harap Isteri Tanggung Keluarga!
Teguran Untuk Suami Pemalas, Memilih Kerja & Harap Isteri Tanggung Keluarga!
17 Nov 2020
labo médo
Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia
18 Nov 2020
dreamstime_s_130678340
icon follow us

Bekerja adalah kegiatan yang sangat dituntut dalam Islam. Malahan, banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita bekerja sebagai sumber rezeki untuk menanggung kehidupan sama ada untuk diri sendiri, keluarga atau membantu orang yang memerlukan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad); Bekerjalah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

(Surah at-Taubah, ayat 105)

Pekerjaan boleh diertikan sebagai sesuatu yang dilakukan secara berterusan kerana mencari nafkah (Kamus Dewan). Islam menggalakkan umatnya bekerja demi menampung keperluan diri supaya tidak meminta-minta kepada orang lain.  Islam amat membenci umatnya yang meminta-minta, mengemis dan mengharapkan ehsan orang.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada orang yang memakan makanan yang paling baik melebihi apa yang diperolehinya dari titik peluhnya sendiri.  Sesungguhnya Nabi Daud memakan hasil titik peluhnya sendiri.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Mencari sesuatu yang halal menjadi suatu kefarduan selepas melakukan perkara fardu.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Allah SWT menetapkan setiap amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana-Nya dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan oleh agama Islam.  Begitu juga apabila kita bekerja, hendaklah diniatkan kerana Allah selain untuk memperoleh al-falah di dunia dan di akhirat.  Ia dikira  sebagai ibadah dan mendapat keredaan Allah.

Ramai kalangan kita bekerja kerana mengejar matlamat duniawi.  Matlamat ini tidak salah selagi ia dipayungi dengan niat untuk mencapai keredaan Allah SWT di dalam bekerja.  Tujuan utama bekerja inilah yang membezakan pengurusan bekerja dalam Islam berbanding Barat.

Dunia Barat terlalu mengejar material, memaksium produktiviti, kualiti dan keuntungan sehingga tercetus teori Machiavelli iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’ sebagai prinsip dan pegangan hidup.

Apabila kita bekerja semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT sebagai matlamat utama, kita pasti akan memperoleh kepuasan di dunia  mahupun di akhirat kelak. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hamba-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 2017)

Sekiranya pekerjaan yang kita lakukan adalah demi keredaan Allah SWT, ia akan memberi implikasi kepada diri.  Kita berasa lebih tenang, berpuas hati, tidak gelisah atau bosan, tidak terasa memikul beban yang berat serta tidak merasakan matlamat bekerja sukar dicapai. Sesungguhnya apa yang kita rasai itu adalah ganjaran paling besar yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya yang sentiasa melakukan pekerjaan hanya kerana Allah.

Satu amalan yang boleh dilakukan apabila keluar rumah ialah doa yang bermaksud:

“Dengan nama Allah, aku bertawakal dengan Allah dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung.”

Sentiasa berniat bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT dan bekerja bersungguh-sungguh. Tunaikan tugas dan tanggungjawab dengan jujur, amanah dan tidak menyalahguna jawatan.

Tidak terbabit dengan pekerjaan haram atau syubhah, tidak melakukan perbuatan dosa dan mungkar. Juga terus bersyukur dan bersedekah dan tidak menjadikan alasan bekerja untuk tidak beribadat.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Pekerjaan dalam Islam: mencari reda Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more