Pengajaran daripada cerita Mat Jenin : Pena Hijau

Pengajaran daripada cerita Mat Jenin

Kenapa Pasangan Dah Kahwin Selalu Bergaduh? Selain Kerana Suka Membebel Ini 5 Sebab Lain!
Kenapa Pasangan Dah Kahwin Selalu Bergaduh? Selain Kerana Suka Membebel Ini 5 Sebab Lain!
12 Nov 2020
Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
24 Nov 2020

ANE 20201119 cerita mat jenin
icon follow us

Cerita Mat Jenin merupakan cerita rakyat pada zaman dahulu. Cerita ini hampir dilupai oleh generasi muda dan kanak-kanak masa kini. Mat Jenin adalah seorang yang terkenal dengan sifat berangannya.

Pekerjaan Mat Jenin ialah mengambil upah memanjat pokok kelapa. Pada suatu hari, seperti rutin hariannya, dia memanjat pokok kelapa dan mengumpulkannya, sehinggalah pada pokok yang kesebelas.

Dia mula berangan-angan menjadi seorang yang kaya. Ketika itu, dia sedang bertenggek di atas pelepah kelapa yang kering. Dia berangan-angan agar hasil daripada memetik buah kelapa, dia ingin membeli 20 biji telur, kemudian mengeramkannya.

Apabila ayamnya membesar dia akan menjual ayam tersebut dan membeli kambing. Selepas kambing membiak, dia bercadang untuk membeli lembu pula. Selepas itu, dia ingin membeli seekor kuda.

Dia akan menaiki kuda melihat ternakan lembu dan kambingnya. Dia juga menjemput seorang puteri raja menaiki kuda bersama-samanya. Wah! Betapa seronoknya. Tuan Puteri memintanya memacu kuda dengan laju.

Tatkala kuda yang dipandunya dengan laju, tanpa kawalan, tiba-tiba kuda yang dinaikinya terjatuh ke dalam perigi buta kerana tersilap lompat. Ketika itulah Mat Jenin, tiba-tiba tersedar bahawa dia sebenarnya terhenjut-henjut di atas pelepah kelapa. Dia juga terkejut tatkala badannya melayang-layang ke udara.

Tiba-tiba badannya melayang jatuh ke tanah dengan kakinya tercegat. Lantas, orang kampung terlopong melihat kejadian itu. Mat Jenin hanya mampu tersenyum dan tersengeh. Orang kampung menyindirnya kerana suka berangan-angan.

Oleh itu beberapa pengajaran dapat diambil daripada peristiwa tersebut iaitu kita hendaklah menjauhi sifat berangan-angan tanpa usaha. Tidak salah jika berangan-angan, namun, biarlah angan-angan menjadi kenyataan setimpal dengan apa yang diusahakan.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Pengajaran daripada cerita Mat Jenin
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more