The Queen's Gambit : Pena Hijau
20200724 - unic - sahabat sejati
UNIC – Sahabat Sejati
23 Jul 2020
20210111-lupin
Lupin
11 Jan 2021
20200724 - unic - sahabat sejati
UNIC – Sahabat Sejati
23 Jul 2020
20210111-lupin
Lupin
11 Jan 2021
20201114-the-queens-gambit

20201114-the-queens-gambit

icon follow us

The Queen’s Gambit adalah drama mini sepanjang 7 episod berdasarkan novel Walter Tevis pada tahun 1983 yang dibintangi oleh Anya Taylor-Joy sebagai watak utama iaitu Beth Harmon. Ia dicipta oleh Scott Frank dan Allan Scott dan disiarkan di Netflix pada 23 Oktober 2020.

Sinopsis

The Queen’s Gambit adalah kisah fiksyen tentang kehidupan seorang anak yatim piatu, Beth Harmon, dalam usahanya untuk menjadi pemain catur terhebat di dunia sambil berjuang dengan masalah emosi dan kebergantungan dengan dadah dan alkohol. Cerita ini bermula pada pertengahan 1950-an dan berlanjutan hingga tahun 1960-an.

Siri ini bermula di rumah anak yatim perempuan di mana Beth, seorang gadis yang pendiam bertemu dengan Jolene (lakonan Moses Ingram), Helen Deardorff (lakonan Christiane Seidel) dan Encik Shaibel (lakonan Bill Camp). Jolene merupakan seorang gadis yang lebih tua daripada Beth, bersemangat dan mesra dengan Beth. Helen Deardorff pula merupakan wanita yang menguruskan rumah anak yatim manakala Encik Shaibel adalah penjaga rumah anak yatim yang mengajar Beth tentang strategi di dalam permainan catur.

Seperti yang biasa terjadi pada tahun 1950-an, rumah anak yatim memberikan pil penenang setiap hari kepada gadis-gadis di rumah anak yatim agar sentiasa patuh. Ketika membersihkan pemadam papan hitam di ruangan bawah tanah, Beth bertemu dengan Encik Shaibel yang sedang bermain catur seorang diri. Beth berulang kali setiap hari meminta Encik Shaibel mengajarnya bermain catur. Akhirnya, Encik Shaibel setuju untuk mengajar Beth setelah Beth memberitahu Encik Shaibel pergerakan setiap buah catur dengan hanya melihat dari jauh setiap hari sambil membersihkan pemadam papan hitam. Beth mula menjadi obses dengan catur dan permainannya bertambah baik hasil daripada kecerdasan dan pil penenang yang membolehkan dia untuk fokus dan membayangkan permainan catur di dalam kepalanya. Beth bertemu dengan guru kelab catur sekolah menengah tempatan yang mengajaknya bermain dengan melawan beberapa ahli kelab secara serentak. Beth mengalahkan mereka dengan mudah dan memberi ulasan kepada Encik Shaibel tentang permainan mereka. Setelah negara mengeluarkan undang-undang melarang pemberian pil penenang kepada anak-anak, Beth mengalami pergolakan emosi dan ketagihan. Dia telah ditangkap mencuri sebotol ubat dan pengsan akibat terlebih dos setelah menelan beberapa biji pil penenang. Sebagai hukuman, Beth dilarang bermain catur.

The Queen's Gambit
Encik Shaibel menamatkan permainan dengan taktik ‘Scholar’s Mate’ | Foto : Netflix stream

Beberapa tahun kemudian, Beth diambil sebagai anak angkat kepada Alma Wheatley (lakonan Marielle Heller) dan suaminya dari Lexington, Kentucky. Beth mendapati ibu angkatnya mengambil pil penenang yang sama dengan yang diberikannya di rumah anak yatim dan secara diam-diam mula menggunakannya pil berkenaan untuk bermain catur di dalam mindanya setiap malam. Beth kemudian memasuki kejohanan catur pertamanya dengan wang yang dipinjam daripada Encik Shaibel. Ketika dia menyertai pertandingan tersebut, dia jatuh cinta kepada salah seorang lawannya iaitu seorang lelaki yang berusia bernama Townes (lakonan Jacob Fortune-Llyod). Selepas hari pertama kejohanan, Beth pulang ke rumah dan mengetahui bahawa bapa angkatnya telah meninggalkan ibu angkatnya. Semasa perlawanan terakhir kejohanan menentang Harry Beltik (lakonan Harry Melling), Beth menjadi bingung dan berlari ke tandas. Dia mengambil pil penenang dan kemudian memenangi pertandingan dengan mudah. Setelah mengetahui wang hadiah yang akan dimenangi dalam kejohanan lain, ibu angkatnya membuat rancangan untuk mereka berdua melancong ke negara tersebut.

Pada tahun 1966, Beth menuju ke Las Vegas untuk Kejohanan Terbuka AS di mana dia bertemu kembali dengan Townes yang merupakan seorang wartawan yang membuat liputan kejohanan tersebut. Beth bertemu Benny Watts (lakonan Thomas Brodie-Sangster) yang menunjukkan kelemahan dalam permainannya menentang Beltik dahulu. Beth terkejut dan tiba-tiba hilang keyakinan diri. Dia mengalami kekalahan pertamanya ketika menentang Benny yang diikat dengan perlawanan seri. Beth dan Benny berkongsi tempat pertama.

Beth dan ibu angkatnya melancong ke Mexico City untuk menyertai kejohanan di sana. Sementara berada di sana, ibu angkatnya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan Manuel, seorang teman lama ibu angkatnya. Beth bersaing dengan beberapa pemain antarabangsa, termasuk seorang pemuda dari Rusia bernama Georgi Giev dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari. Beth akhirnya dapat memasuki pusingan akhir dan bertemu dengan Borgov, seorang juara catur dunia dari Rusia yang menjadi impian Beth untuk menewaskannya. Setelah permainan yang sengit, Beth kalah kepadanya. Kembali ke bilik hotel, Beth mendapati ibunya telah meninggal kerana hepatitis yang kemungkinan bertambah buruk akibat minum alkohol yang berlebihan.

Beth pulang ke Kentucky dan berhubung kembali dengan Harry Beltik, bekas juara negara yang dikalahkannya dahulu. Harry menemani Beth yang kini kesepian dan mereka menghabiskan masa berlatih sehingga Harry menyedari Beth begitu obses dengan catur. Di Kejohanan AS 1967, Beth bersatu kembali dengan Benny Watts. Pada malam sebelum pusingan akhir, Benny mencabar Beth untuk beberapa pusingan catur laju di hadapan sekumpulan besar peserta kejohanan. Benny mengalahkan Beth dalam semua pusingan catur laju itu tanpa menyedari bahawa Beth telah menggunakan kesempatan itu untuk mempelajari kelemahan Benny. Ini mendorong Beth untuk menang dengan cepat ke atas Benny pada keesokan harinya di dalam perlawanan akhir mereka.

Benny mengajak Beth untuk berlatih sebagai persediaan Kejohanan di Paris bersamanya di New York. Semasa berada di New York, Benny dengan bantuan beberapa rakannya meningkatkan lagi kemahiran catur Beth. Kemudian, Beth melancong ke Paris untuk menyertai kejohanan di sana. Pada malam sebelum perlawanan akhir, Beth ketagihan alkohol dan pil penenangnya. Keesokkannya, Beth kalah sekali lagi kepada Borgov. Beth pulang ke rumah semula dan mengetahui bapa angkatnya pulang untuk menjual rumah peninggalan ibu angkatnya. Beth akhirnya terpaksa membeli rumah tersebut. Ketagihan alkohol Beth semakin teruk sehinggakan Harry tidak dapat menyelamatkan Beth sehinggalah datangnya Jolene, rakan lama Beth di rumah anak yatim.

Jolene tiba dan memberitahu Beth bahawa Encik Shaibel telah meninggal dunia. Mereka berdua pergi ke upacara pengebumian dan Beth kembali untuk melihat rumah anak yatim dan mengimbau kembali ruangan bawah tanah sehinggalah ternampak beberapa aktikel berkenaannya dan gambarnya semasa kecil bersama Encik Shaibel. Dengan semangat yang baru, Beth mendapat pinjaman daripada Jolene untuk pergi ke Rusia bagi menyertai kejohanan di Moscow. Beth akhirnya bertemu skali lagi dengan Borgov dalam pertandingan akhir. Beth mengejutkan Borgov dengan cara bermain Queen’s Gambit. Perlawanan ditangguhkan setelah 40 langkah. Petang itu Townes mengunjungi Beth di hotelnya. Beth menerima panggilan telefon daripada Benny, Harry dan rakan-rakan catur yang lain bagi membantunya menganalisis kedudukan penangguhan perlawanannya dengan Borgov. Beth bersyukur menerima pertolongan dari rakan-rakannya dan mengambil banyak catatan langkah-langkah buah catur. Ketika permainan disambung semula keesokan harinya, Beth akhirnya mengalahkan juara catur dunia, Borgov.

Moral of the story :

  1. Walau genius macam mana skali pun, usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan perlu ada. Dilahirkan genius adalah satu kelebihan. Kejayaan bukan boleh dicapai dalam sekelip mata.
  2. Jauhkan diri dari terlibat dengan dadah dan alkohol yang akan memudaratkan diri dan orang di sekeliling.
  3. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.
  4. Dalam usaha untuk menggapai kejayaan, dorongan dan sokongan daripada kawan-kawan perlu untuk menaikkan semangat dan keyakinan diri.

The Queen's GambitBeth menewaskan Borgov | Foto : Netflix

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

2 Comments

  1. nixkdotnet says:

    Menarik. Berapa bintang per 10 tuan?

The Queen’s Gambit
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more