Lupin : Pena Hijau
20201114-the-queens-gambit
The Queen’s Gambit
14 Nov 2020
20210120-the-karate-kid-cobra-kai
The Karate Kid dan Cobra Kai
20 Jan 2021
20210111-lupin

Lupin yang mula bersiaran pada 8 Januari lalu di media penstriman Netflix merupakan sebuah drama bersiri berkonsepkan jenayah misteri berbahasa Perancis. Lupin menduduki tangga kedua tontonan paling banyak di Malaysia hari ini.

Kisah bermula apabila Babakar Diop bekerja sebagai pemandu kepada sebuah keluarga bangsawan Pellegrini. Suatu hari dia dituduh mencuri rantai berlian yang pernah dipakai oleh Marie Antoinette (Permaisuri Perancis terakhir) yang dimiliki oleh keluarga bangsawan itu. Babakar dipenjarakan dan anaknya Assane Diop (lakonan Omar Sy) dihantar ke rumah kebajikan. Babakar kemudiannya didapati bunuh diri di dalam penjara.

25 tahun selepas itu, Assane mengetahui bahawa ayahnya tidak bersalah di atas tuduhan mencuri rantai berlian tersebut. Dengan kecerdasan akal dan terinspirasi daripada pengembaraan Arsène Lupin, Assane bertekad untuk membalas dendam terhadap ayahnya di atas ketidakadilan yang ditimbulkan oleh keluarga kaya itu.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Tinggalkan Balasan