Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Salah satu bentuk kandungan yang popular pada hari ini adalah Podcast yang merupakan sejenis media digital yang mengandungi episod bersiri fail-fail komputer sama ada audio atau video yang boleh dilanggan dan dimuat turun melalui suapan sesawang. Kandungan media sebegini boleh disediakan oleh pihak tertentu baik secara berkumpulan – daripada stesen radio atau laman web sumber pembelajaran – mahupun secara individu yang dipanggil podcaster.
Terdapat banyak aplikasi pada peranti mudah alih yang memudahkan kita untuk mendengar dan mengikuti podcast kegemaran. Tapi bagaimana dengan pengguna desktop dan pelayar web?
Salah satu cara yang boleh digunakan adalah menggunakan plugin percuma Google Chrome iaitu Podstation. Melalui Google Chrome Webstore, anda perlu mencari Podstation dan memasangnya pada Google Chrome anda. Setelah berjaya, anda boleh membuat carian tajuk dan penerbit podcast serta melanggan podcast tersebut.