Sidekick – Pelayar Web Yang Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Sidekick – Pelayar Web Yang Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

20201204-podstation
Cara Mendengar Podcast Di Google Chrome
4 Dec 2020
20210116-semak-radius-10km
PKP2.0 : Semak Radius 10KM Dari Kediaman Anda
16 Jan 2021
20201207-sidekick

Dalam era Revolusi Indrustri 4.0, banyak pekerjaan pada hari ini menggunakan pelayar web atau pun browser  sama ada melayari internet atau menggunakan aplikasi berasakan web dalam menyiapkan tugasan harian. Antara pelayar web yang popular pada masa ini adalah Google Chrome, Modzilla Firefox, Opera, Safari dan lain-lain. Terbaru, hadir sebuah pelayar web yang dinamakan Sidekick.

Berasaskan kepada enjin Chromium, Sidekick menawarkan beberapa ciri yang terdapat pada Chrome. Selain itu, Sidekick juga menawarkan sebuah bar pada bahagian tepi seperti yang terdapat pada Opera bagi memudahkan anda mengakses aplikasi  yang sering digunakan.

Paling menarik, Sidekick mempunyai fungsi untuk menghalang pengiklanan dan penjejak. Ia juga mempunyai fungsi untuk menghentikan seketika tab yang tidak digunakan untuk memastikan kelancaran pelayar web tanpa menggunakan memori yang tinggi.

Bagi yang ingin menggunakan pelayar web Sidekick, boleh lah memuat turun aplikasi ini secara percuma di laman rasmi mereka.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply