Rasulullah SAW Dan Poligami
30 Nov 2020Boleh ke Ganti Puasa Bagi Pihak Mereka Yang Telah Meninggal Dunia
18 Dec 2020Sape yang tak suka kalau dapat benda free kan.. Kalau dekat mall tu ada jualan murah.. potongan harga hingga 70%.. pakat-pakat berebut serbu mall tu. Inikan pula kalau benda tu free je.. confirm beratur panjang tunggu mall buka.
Itu apa yang kita nampak depan mata kita. Tapi tahukah kita bahawa Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Penyayang? Adakah kita sedar banyak peluang pahala free yang Allah tawarkan kepada kita. Sesuai dengan zat-Nya Yang Maha Pemurah. Kita tak perlu berebut-rebut.. berhimpit-himpit semata-mata nak mendapatkan pahala free tu. Semua orang boleh dapat. Semua orang boleh merasa. Yang tinggal hanya kita sama ada nak kutip atau pun tidak.
Adakah hati kita nak mengejar pahala tu?
Salah satu pahala free yang mudah dibuat iaitu senyum. Mudah kan?
Sedekah bukan semata-mata mengeluarkan harta kita je.
Senyum pun sedekah.
Solat Dhuha pun sedekah.
Berbuat baik pun sedekah.
Bagi haiwan makan pun sedekah.
Kalau nak disenaraikan, tak terhitung banyaknya.
Akhir kalam, istighfarlah dan bersedekahlah. Perbanyakkan dua amalan ni untuk menjauhkan kita daripada api neraka.
Jom sama-sama kita dapatkan pahala free..