Pertanyaan Di Padang Mahsyar : Pena Hijau

Pertanyaan Di Padang Mahsyar

20201218-ganti-puasa-orang-meninggal-dunia
Boleh ke Ganti Puasa Bagi Pihak Mereka Yang Telah Meninggal Dunia
18 Dec 2020
20210325-nisfu-syaaban
Nisfu Syaaban, Mengetuk Pintu Kemaafan
25 Mar 2021
20201218-ganti-puasa-orang-meninggal-dunia
Boleh ke Ganti Puasa Bagi Pihak Mereka Yang Telah Meninggal Dunia
18 Dec 2020
20210325-nisfu-syaaban
Nisfu Syaaban, Mengetuk Pintu Kemaafan
25 Mar 2021
20210127-soalan-bocor-di-padang-mahsyar
icon follow us

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakan.”

(Sunan Tirmidzi No: 2341)  Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadis :

  1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup
  2. Setiap kita akan ditanya tentang umur, kemana dihabiskan dan dimanfatkan?
  3. Akan ditanya tentang ilmu yang dimiliki. Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat? Adakah ilmu tersebut diamalkan? Adakah ilmu disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?
  4. Setiap harta yang diperoleh akan ditanya, adakah diperolehi dengan cara yang halal atau sebaliknya?. Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?
  5. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya. Seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki, kemana telah digunakan semasa di dunia?

Berusahalah setiap masa untuk muhasabah apa yang kita milik sama ada umur, ilmu, harta dan seluruh anggota tubuh badan. Moga ia menjadi aset dan deposit amal soleh di akhirat nanti.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Pertanyaan Di Padang Mahsyar
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more