Nisfu Syaaban, Mengetuk Pintu Kemaafan : Pena Hijau

Nisfu Syaaban, Mengetuk Pintu Kemaafan

20210127-soalan-bocor-di-padang-mahsyar
Pertanyaan Di Padang Mahsyar
27 Jan 2021
bertani satu ibadah
Berbudi Kepada Tanah
1 Apr 2021
20210127-soalan-bocor-di-padang-mahsyar
Pertanyaan Di Padang Mahsyar
27 Jan 2021
bertani satu ibadah
Berbudi Kepada Tanah
1 Apr 2021
20210325-nisfu-syaaban
icon follow us

Syukur kepada Allah SWT kerana masih memilih kita untuk menjalani bulan Syaaban pada kali ini. Bulan Syaaban merupakan bulan yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kerana itulah Rasulullah SAW telah memperbanyakkan amal ibadat khususnya puasa sunat pada bulan ini. Usamah bin Zaid RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang perkara ini. Maka dijawab Baginda SAW yang bermaksud :

“Ia adalah bulan yang biasa dilupakan orang, letaknya diantara bulan Rejab dan Ramadhan. Bulan (Syaaban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan Sekalian Alam. Oleh sebab itu, aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”.

Riwayat Ahmad dan An-Nasaii

Di bulan Syaaban juga terdapat malam Nisfu Syaaban yang istimewa. Ia biasa disambut saban tahun oleh umat Islam dengan bacaan Yasiin dan doa. Sesetengahnya pula turut menambahkan amalan solat sunat. Pada malam tersebut, Allah memberi pemerhatian istimewa kepada manusia dengan limpahan keampunan daripada-Nya. Imam As-Syafie juga ada menyatakan :

“Disampaikan kepada kami bahawa doa adalah mustajab pada lima malam : malam Jumaat, malam dua hari raya, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban”.

Namun adakah kita sedar bahawa limpahan keampunan Allah yang dijanjikan tersebut, mungkin boleh terhalang daripada kita? Maksudnya kita tidak diampunkan Allah atas sebab-sebab tertentu. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya pada malam Nisfu Syaaban, Allah memerhati lalu mengampunkan seluruh makhluk kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.”

Riwayat Ibnu Majah

Pernahkah pada malam tersebut, kita merasakan pemerhatian Allah sehingga kita malu melakukan sesuatu yang dimurkai-Nya? Pernahkan kita merenung diri kita, adakah kita masih terlibat dengan perkara syirik? Bagaimana pula hubungan sesama kita? Masih wujudkan persengketaan, perbalahan dan seumpamanya antara kita?

Justeru itu, dalam kita menjalani Syaaban dan menyambut Nisfu Syaaban, alangkah baiknya kita mencontohi Rasulullah SAW. Kita tingkatkan ketaatan kepada Allah disamping mensucikan diri daripada syirik serta memperbaiki tali persaudaraan sesama kita. Mudah-mudahan dengan itu, kita layak memperolehi rahmat dan keampunan-Nya yang melimpah ruah. Tidak lupa juga, jadikanlah Syaaban sebagai persiapan menyambut Ramadhan, Ingatkan anak isteri dan ahli keluarga kita yang masih tertinggal puasa Ramadhan yang lalu dan belum diqada’, gunakanlah hari-hari berbaki bulan Syaaban ini untuk segera menqada’kannya.

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Nisfu Syaaban, Mengetuk Pintu Kemaafan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more