Cara Murid Maklumkan Status Tugasan Tanpa Guna Teknik Copy & Paste Nama : Pena Hijau

Cara Murid Maklumkan Status Tugasan Tanpa Guna Teknik Copy & Paste Nama

20210116-semak-radius-10km
PKP2.0 : Semak Radius 10KM Dari Kediaman Anda
16 Jan 2021
Keperluan utama membina laman web
Apa Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web Dan Blog
28 May 2021
20210116-semak-radius-10km
PKP2.0 : Semak Radius 10KM Dari Kediaman Anda
16 Jan 2021
Keperluan utama membina laman web
Apa Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web Dan Blog
28 May 2021
icon follow us

Sejak adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mula dilaksanakan walaupun kita belum bersedia sepenuhnya. Kekangan dari segi peranti sama ada komputer atau peranti mudah alih di kalangan ibubapa, kekangan dari segi perkhidmatan internet, persediaan guru-guru dalam membuat pengajaran secara maya dan lain-lain antara faktor PdPR boleh gagal.

Salah satu medium yang sering digunakan oleh guru-guru dalam untuk melakukan PdPR adalah Whatsapp selain daripada Google Meet, Google Classroom dan lain-lain. Setelah tugasan diberikan di dalam group Whatsapp, maka penuhlah memori handphone dengan gambar-gambar tugasan murid-murid dan mesej-mesej whatsapp dengan senarai nama murid-murid yang telah membuat tugasan yang diberikan. Bukan cikgu je pening, ibubapa pun pening bila asyik senarai nama je yang keluar dalam group. Bagi mengatasi masalah ini, mungkin idea ni boleh membantu dengan mengadakan poll / undian.

Pertamanya, guru-guru dan pelajar perlulah ada aplikasi Telegram. WhatsApp dan Telegram mempunyai banyak persamaan seperti menghantar gambar, sokongan untuk pelekat (stiker), selain daripada ciri pemesejan asas, namun dari segi privasi, Telegram lebih selamat kepada pengguna berbanding Whatsapp! Malah boleh menampung jumlah ahli group yang lebih ramai berbanding Whatsapp.

Ikuti langkah berikut untuk membuat undian di dalam Telegram.

1.Klik pada ikon klip kertas

2. Klik poll

3. Isikan soalan dan jawapan, matikan setting Anonymous Voting dan klik CREATE

4. Siap!

 

Dengan itu, murid-murid boleh pilih pada pilihan Telah siap sekiranya tugasan yang diberi telah diselesaikan. Dan senarai keputusan boleh dilihat dengan mengklik pada view result.

 

Semoga bermanfaat.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cara Murid Maklumkan Status Tugasan Tanpa Guna Teknik Copy & Paste Nama
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more