PKP2.0 : Semak Radius 10KM Dari Kediaman Anda : Pena Hijau

PKP2.0 : Semak Radius 10KM Dari Kediaman Anda

20201207-sidekick
Sidekick – Pelayar Web Yang Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda
7 Dis 2020
Cara Murid Maklumkan Status Tugasan Tanpa Guna Teknik Copy & Paste Nama
3 Feb 2021
20210116-semak-radius-10km

Hari ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kali kedua buat negeri Kelantan Darul Naim disebabkan kes harian yang tinggi. Begitu juga bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga dikenakan PKP sehingga 26 Januari 2021.

Salah satu Prosidur Operasi Standard (SOP) PKP yang dikenakan kepada negeri-negeri yang terlibat adalah hanya dua orang setiap isi rumah boleh melakukan perjalanan bersama dan dihadkan perjalanan sejauh 10 kilometer dari tempat kediaman mereka. Kegagalan mematuhi SOP ini akan mengakibatkan anda didenda.

Bagi memudahkan anda untuk menyemak dalam radius 10KM dari tempat kediaman anda, anda boleh menggunakan kemudahan daripada laman web 2kmfromhome yang dibangunkan di Ireland. Dengan kemudahan ini, anda dapat mengenalpasti jarak lokasi yang dibenarkan dari tempat tinggal anda. Caranya hanya perlu pilih tetapan 10KM dan sebuah bulatan merah radius yang dibenarkan akan ditunjukkan dalam peta tersebut.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Tinggalkan Balasan