Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Membina laman web pada masa kini tersangatlah mudah dan murah. Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar teknologi atau seorang programmer. Dengan langkah yang betul, platform yang betul, penggunaan alat yang betul, anda boleh memiliki laman web anda sendiri tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Menurut Internet Live Stats, terdapat lebih kurang 200 juta laman web yang aktif di dunia. Memandangkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk lah negara kita Malaysia, kita dapat lihat banyak perniagaan mahu tidak mahu terpaksa beralih menjalankan perniagaan secara atas talian. Salah satunya adalah dengan memiliki laman web bagi memaparkan profil syarikat, jenama, produk, perkhidmatan dan lain-lain.
Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan keperluan utama dalam membina laman web dan blog anda sendiri iaitu domain dan hosting. Domain adalah nama laman web anda seperti laman web saya ini “alkhudhri.com”. Hosting pula adalah server untuk anda meletakkan semua kandungan dan fail laman web anda. Dalam kata mudah untuk difahami, domain boleh diibaratkan sebagai alamat rumah manakala hosting boleh diibaratkan sebagai rumah untuk anda simpan perabot atau barang-barang lain.
Nama domain adalah nama laman web atau blog anda. Oleh itu, pastikan domain yang anda pilih melambangkan laman web yang ingin anda bangunkan. Apa yang penting ianya mudah disebut, mudah dieja dan mudah diingat.
10 tips untuk memilih nama domain pilihan anda
Aspek utama dalam memilih hosting adalah kelajuan, support dan keselamatan. Kebiasaannya, pelawat laman web tidak suka untuk menunggu laman web yang loading terlalu lama. Antara tips untuk tahu hosting itu laju atau tidak adalah dengan melihat ciri-ciri yang ditawarkan seperti menyediakan servis Content Delivery Network (CDN) dan menggunakan Solid State Drive (SSD). Oleh itu, anda perlu memilih penyedia hosting yang laju bagi memuaskan hati pengunjung laman web anda.
Selain kelajuan, anda perlu juga mengambil kira support daripada pihak hosting provider. Penyedia hosting provider yang baik seharusnya responsif – pantas, mesra dan pakar dalam menyelesaikan masalah. Tips untuk mengetahui sama ada penyedia hosting tersebut bagus atau tidak, anda boleh cuba hubungi support atau live chat yang disediakan sebelum melanggan perkhidmatan mereka. Tanyakan beberapa soalan dan lihat bagaimana mereka memberi respon dan berapa lama mereka respon terhadap pertanyaan anda.
Bagi aspek keselamatan pula, anda perlu memastikan penyedia hosting yang anda hendak pilih itu dapat menawarkan ciri-ciri Secure Sockets Layer (SSL) secara percuma. Dengan ciri ini, URL laman web anda akan tertera https dan simbol “padlock” / mangga berkunci seperti laman web saya ini “https://alkhudhri.com“. Jadi pelawat laman web anda akan lebih yakin serta rasa selamat dan laman web anda dilindungi.
Secara kesimpulannya, keperluan utama dalam membina laman web adalah anda haruslah mempunyai nama domain yang mudah disebut, mudah dieja dan mudah diingat serta hosting provider yang menawarkan ciri-ciri kelajuan, support dan keselamatan. Next artikel, saya akan tulis tentang cara-cara untuk membina laman web/blog.
3 Comments
[…] hosting anda. Tanpa hosting, laman web anda tidak dapat diakses oleh pengguna online. Rujuk artikel Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web dan Blog. Cara yang paling mudah untuk mengendalikan proses muat naik dan muat turun server hosting adalah […]
[…] untuk anda membina blog anda secara percuma! Kalau sebelum ini, kami ada menulis artikel berkenaan keperluan utama dalam membina laman web, tapi dengan laman web yang disenarai di bawah ini, anda tidak perlu risaukan berkenaan domain dan […]
[…] Caj untuk setup domain dan hosting. […]