Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Apabila kita menjejaki perjalanan hidup salafus soleh terdahulu, enam bulan lebih awal mereka sudah bersedia menanti kedatangan Ramadhan. Dua bulan sebelum Ramadhan, persediaan mereka nampak lebih ketara dengan memperbanyakkan berdoa agar mereka dipertemukan dengan Ramadhan tersebut. Mereka juga membuat persiapan rapi mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat dengan memperbanyakkan bersedekah, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan kita? Sudahkan melakukan persiapan menyambut Ramadhan?
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat agong. Pada bulan ini diwajibkan ke atas semua umat Islam supaya berpuasa. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”
Surah Al-Baqarah : ayat 183
Dalam bulan Ramadhan, pelbagai ganjaran yang luar biasa diberikan kepada umat Islam yang berpuasa dan melaksanakan segala kewajipan. Malah melakukan amalan-amalan sunat juga akan memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Hal ini dijelaskan melalui hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Setiap amakan anak Adam dilipat gandakan pahalanya. Satu kebaikan pahalanya menyamai 10 hingga 700 kali ganda. Allah Azza wa Jalla berfirman, kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untuk Ku, dan Akulah yang akan memberi pahalanya, kerana orang berpuasa telah meninggalkan syahwat dan makannya kerana Ku”
Riwayat Muslim
Terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti. Antaranya iailah dengan mempersiapkan kekuatan rohani, jasmani dan juga emosi serta ilmu pengetahuan untuk menghadapi ibadat puasa dan ibadat yang lainnya dengan keikhlasan hati dan menepati syara’. Selain itu, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan amal soleh dalam menyambut Ramadhan kerana pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk semua manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan bila tiba bulan Ramadhan nanti.
Maka, amatlah diharapkan semoga kita semua menerima kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan suci seterusnya mampu melaksanakan ibadat dengan sempurna dan istiqamah. Jadikanlah ibadat yang kita kerjakan berterusan daripada awal sehingga akhir Ramadhan. Bukan semata-mata bersemangat di minggu pertama Ramadhan sahaja.
Lakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh dipenuhi dengan rasa keimanan yang tinggi. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan supaya kita dapat menjalani ibadat puasa dengan yakin dan sempurna. Antaranya :
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati beberapa pedoman berikut :