Pemburuan Taqwa Dalam Bulan Ramadhan : Pena Hijau

Pemburuan Taqwa Dalam Bulan Ramadhan

ramadhan yang mulia
Bulan Yang Dinantikan
10 Apr 2021
rutin harian ramadhan
7 Design Rutin Harian di Bulan Ramadhan
18 Apr 2021
ramadhan yang mulia
Bulan Yang Dinantikan
10 Apr 2021
rutin harian ramadhan
7 Design Rutin Harian di Bulan Ramadhan
18 Apr 2021
taqwa dalam ramadhan
icon follow us

Matlamat agung dari ibadat puasa ialah untuk mencapai sasaran taqwa. Taqwa adalah nilai rohani dan maknawi yang paling berharga jika bertahta di dalam hati manusia. Sifat ketaqwaan yang terhasil dari ibadat puasa inilah yang bersemarak dalam hati justeru terjunjung tingginya perintah Allah dan mengutamakan keredhaannya. Betapa memburu taqwa itu menjadi rahsia disebalik syariat berpuasa sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa”

Surah Al-Baqarah : 183

Taqwa dari segi bahasa bermakna perisai atau pelindung diri iaitu menjadi perisai daripada maksiat atau pelindung daripada neraka. Manakala dari segi istilah iailah bermaksud menjunjung segala perintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Cendikiawan Islam sepanjang zaman mempunyai ungkapan menarik mengenai taqwa. Abdullah bin Mas’ud RA ketika membaca potongan ayat 102 Surah Al-Baqarah yang bermaksud :

“Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT sebenar takwanya…”

Beliau mengatakan, “bahawa Allah dipatuhi dan tidak diderhakai, Allah diingati dan tidak dilupakan, Allah disyukuri dan tidak diingkari“.

Umar Al-Khattab pula pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’b, “Sebutkan kepadaku taqwa itu apakah ia?” Jawab Ubai, “Apakah tuan pernah melintasi kawasan dengan penuh duri?” Umar menjawab, “Ya“. Kata Ubai, “Bagaimana tuan lakukan?“. Umar menjawab, “Saya amat berhati-hati bagi menghindarinya daripada terkena duri“. Kata Ubai, “Begitulah taqwa“.

Manakala Ali bin Abi Talib RA menghuraikan taqwa sebagai “Taqwa ialah takut kepada Tuhan Rabbul Jalil, beramal dengan kitab Al-Quran, redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan“.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, demi mencapai ketaqwaan, disarankan beberapa langkah berkesan sebagaimana berikut :

  1. Menyedari bahawa Allah sentiasa mengawasi setiap tindak tanduk dan perbuatan yang kita lakukan
  2. Melaksanakan ibadat yang wajib dan juga yang sunat dengan penuh keikhlasan
  3. Menjauhi segala maksiat sama ada yang zahir mahupun yang batin, terang-terangan dan sembunyi-sembunyian
  4. Menghayati dan mencontohi perjalanan hidup insan yang pernah melalui jalan taqwa dalam kalangan nabi-nabi, siddiikiin, syuhada dan solihiin
  5. Berdampingan dengan orang-orang yang soleh dan menjauhi daripada golongan fasik dan ahli maksiat
  6. Bertadarus dan mengamati pengertian ayat-ayat Al-Quran tentang tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan alam ciptaan-Nya

Berusahalah untuk mempertingkatkan prestasi ibadat puasa dan mutu penghayatan Ramadhan agar tercapai maksud ketaqwaan yang menjadikan kita hamba Allah yang lebih mulia dan diterima di sisi Allah SWT.

Maka terkeluarlah kita dan ketaqwaan dari golongan hina kepada golongan mulia sebagaimana hadis :

“Sesungguhnya manusia itu ada dua kumpulan. Yang taat bertaqwa mulia di sisi Allah dan yang jahat, celaka, hina di sisi Allah”

Hadis riwayat Ibnu Hibban

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Pemburuan Taqwa Dalam Bulan Ramadhan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more