Burj Khalifa Miliki Tiga Waktu Berbuka Puasa : Pena Hijau

Burj Khalifa Miliki Tiga Waktu Berbuka Puasa

20210116-kemaskini-alamat-penghantaran
Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju
16 Jan 2021
20210515-wau-permainan-tradisional
Wau Permainan Tradisional Rakyat Malaysia
15 May 2021
20210116-kemaskini-alamat-penghantaran
Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju
16 Jan 2021
20210515-wau-permainan-tradisional
Wau Permainan Tradisional Rakyat Malaysia
15 May 2021
icon follow us

TAHUKAH ANDA ?

Menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa setinggi sekitar 828 meter memiliki tiga waktu berbuka puasa! 

Ini kerana waktu terbenam Matahari berbeza – beza mengikut ketinggian. Semakin tinggi kedudukan, semakin lewat Matahari kelihatan terbenam.

Mereka yang berada di tingkat 80 ke bawah boleh berbuka puasa mengikut waktu Azan Maghrib berkumandang bersama-sama dengan kebanyakan orang di sana. Bagi yang berada di antara tingkat 80 sehingga 150 pula, mereka perlu berbuka puasa 2 minit lebih lewat berbanding mereka yang berada di tingkat 80 ke bawah manakala yang berada di tingkat 150 dan ke atas perlu berbuka puasa lewat 3 minit.

Untuk waktu bermula puasa pula, keadaan adalah berlawanan dengan waktu berbuka puasa kerana fajar Sadiq iaitu tanda bermulanya waktu Subuh akan kelihatan di tingkat atas terlebih dahulu berbanding di tingkat bawah.

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Burj Khalifa Miliki Tiga Waktu Berbuka Puasa
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more