Jaga Diri, Jaga Keluarga, Jaga Semua : Pena Hijau

Jaga Diri, Jaga Keluarga, Jaga Semua

ujian allah
Allah Memberi Jawapan Kepada Ujian Hidup Kita
11 Jun 2021
usaha doa dan tawakal
Usaha, Doa dan Tawakal Kunci Kejayaan
1 Jul 2021
ujian allah
Allah Memberi Jawapan Kepada Ujian Hidup Kita
11 Jun 2021
usaha doa dan tawakal
Usaha, Doa dan Tawakal Kunci Kejayaan
1 Jul 2021
jaga diri jaga keluarga
icon follow us

Sehingga hari ini kita masih lagi berusaha dan berikhtiar menghadapi wabak COVID-19 yang telah melanda negara kita, bahkan seluruh dunia. Sebagai seorang muslim yang berfikiran jauh, marilah kita ambil peluang sebagai ibu bapa berjuang untuk jaga diri, jaga keluarga masing-masing dengan menjaga keselamatan diri dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa. Tiada siapa yang pasti sampai bilakah dunia ini akan hidup dengan normal baharu. Kita mesti terus beringat dan jangan leka. Pakailah pelitup muka ketika keluar rumah, jauhilah kawasan sempit dan sesak serta amalkan penjarakan fizikal dengan sewajarnya.

Alangkah baiknya jikalau kita sama-sama mencegah daripada ditimpa penyakit ini dengan mengambil vaksin. Kata pepatah arab :

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubat”

Jom renung kembali setiap ujian dan musibah yang menimpa kita. Anggaplah musibah ini sebagai kebaikan kerana inilah peluang untuk kita menginsafi diri, memperbaiki kelemahan yang ada dan kembali kepada Allah SWT dengan memohon keampunan dosa. Sesungguhnya kita tiada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Ingatlah pesan baginda SAW, sabdanya yang bererti :

“Tidak ada sebarang musibah yang menimpa seseorang muslim sama ada penyakit dan keletihan, kerisauan dan kesedihan, kesakitan dan kebimbangan, malah duri yang melukainya, melainkan Allah pasti mengampunkan dosa-dosanya”.

Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Banyakkan zikrullah, ingatlah kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Betapa banyak nikmat yang telah dikurniakan selama ini, adakah kita pernah bersyukur? Berapa banyak pula pahala kebaikan yang kita pernah lakukan selama kita diuji dengan wabak COVID-19 ini?

Alhamdulillah…

Mudah-mudahan kita semua sentiasa mengingati Allah walaupun diuji dengan pelbagai bentuk musibah. Renungilah firman Allah yang bermaksud :

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

( Surah Ar-Rom : Ayat 41 )

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jaga Diri, Jaga Keluarga, Jaga Semua
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more