Jaga Diri, Jaga Keluarga, Jaga Semua
24 Jun 2021Menerima Ketentuan Allah
8 Jul 2021Usaha, doa dan tawakal adalah kunci bagi sebuah kejayaan.
Setiap Ujian Itu Ada Hikmatnya
Umat Islam seluruh dunia termasuk di negara ini berdepan dengan satu ujian berikutan penularan wabak COVID-19. Kebanyakkan kerajaan di dunia sudah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kuarantin mahupun perintah berkurung sepenuhnya. Walau apa juga ujian yang melanda, Allah SWT ingin mengajar kita semua bahawa setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya. Dalam Surah Al-Mulk ayat 1-2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakan.
Usaha, Doa, Sabar Dan Tawakal
Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar. Sebagai manusia yang bergelar hamba, pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan atau dosa. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita semua supaya sentiasa sabar, berusaha mengubati penyakit dan bertawakal selepas segala ikhtiar dilaksanakan.
Dalam suasana yang kita sama-sama merasainya sekarang, kita tidak boleh mempamerkan sikap buruk yang lebih terarah kepada gaya penentangan terhadap apa jua peraturan ditetapkan. Kita perlu mempamerkan sikap patuh kepada negara dengan mematuhi setiap aturan ditetapkan termasuk juga pengambilan vaksin yang telah dianjurkan.
Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan, memperkuatkan iman, sentiasa berpandangan baik kepada Allah dalam setiap ketentuan dan berusaha untuk mencari penawar.
selepas melakukan yang terbaik dengan berusaha, bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Dia adalah pemilik alam ini dan setiap penyakit yang diturunkan pasti diiringi dengan penawarnya.
1 Comment
[…] SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib di samping menyahut seruan mendapatkan vaksin sebagai ikhtiar kita, berdoa dan bergantung harap kepada-Nya. Mudah-mudahan wabak COVID-19 ini segera berakhir dan kita kembali kepada kehidupan […]