Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Pembayaran atas talian dan perbankan atas talian bukan sahaja mengubah cara orang membeli malah turut mengubah pemilik perniagaan menjalankan perniagaan mereka. Kita dapat lihat revolusi dalam eCommerce dan industri perbankan. Jika sebelum ini peniaga membuka kedai secara fizikal, kini ramai peniaga cuba beralih membuka kedai secara maya lebih-lebih lagi sejak wabak COVID-19 melanda negara kita. Salah satu aspek penting dalam menjalankan perniagaan atas talian adalah gerbang pembayaran (payment gateway).
Gerbang pembayaran adalah teknologi yang membolehkan peniaga menerima pembelian melalui kad debit, kad kredit atau perbankan atas talian internet FPX daripada pelanggan mereka. Gerbang pembayaran diuruskan oleh pihak ketiga yang akan mengesahkan dan membenarkan transaksi pembayaran di antara peniaga dan pelanggannya.
Antara pihak yang terlibat dalam gerbang pembayaran adalah peniaga yang menyediakan kemudahan portal pembayaran, pelanggan yang mempunyai kad debit/kad kredit/akaun perbankan atas talian, bank dan gerbang pembayaran.
Pihak peniaga menyediakan kemudahan pembayaran ini di dalam kedai atas talian mereka. Pelanggan yang membuat pesanan di dalam kedai atas talian tersebut membuat pembayaran melalui gerbang pembayaran. Pelanggan akan dihantar ke halaman pembayaran secara automatik. Data pembelian seperti jumlah pesanan akan ditunjukkan. Pelanggan hanya perlu mengisi butiran akaun mereka seperti butiran kad, nama pengguna, kata laluan dll. Seterusnya pelanggan akan dicaj secara automatik.
Kemudian, gerbang pembayaran akan melakukan proses untuk mengesahkan pembayaran. Setelah disahkan, pesanan akan ditandakan telah dibayar secara automatik. Jumlah pembayaran akan masuk ke gerbang pembayaran terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akaun peniaga mengikut terma gerbang pembayaran tersebut.
Payment Gateway | Caj Tahunan | Caj Transaksi (per paid transaction) | Kaedah Pembayaran | |
---|---|---|---|---|
ToyyibPay | FPX : RM1.00 Kad Kredit/Debit : 2% (caj minima RM1.00) |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX |
Daftar | |
Bizappay | FPX : RM1.00 Local Kad Kredit/Debit : 2.5% Non-local Kad Kredit/Debit : 3.0% |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX |
Daftar | |
Billplz | Basic : RM0 | FPX : RM1.50 | FPX | Daftar |
Standard 30 : RM150/month | FPX : RM1.00 Local Kad Kredit/Debit : 2.5% Non-local Kad Kredit/Debit : 2.7% e-Wallet : 1.5% |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX e-Wallet (GrabPay/TnG ewallet/Boost/ShopeePay/Maybank QRPay) |
||
Standard 365 : RM1800/year | FPX : RM0.50 Local Kad Kredit/Debit : 2.5% Non-Local Kad Kredit/Debit : 2.7% e-Wallet : 1.5% |
|||
senangPay
|
Basic : RM300/year | FPX : 1.5% Local Kad Kredit/Debit : 2.5% Non-Local Kad Kredit/Debit : 2.7% |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX |
Daftar |
Advance : RM450/year | FPX : 1.5% Local Kad Kredit : 2.5% Local Kad Debit : 0.9% Non-Local Kad Kredit/Debit : 2.7% |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX e-Wallet (GrabPay/TnG ewallet/Boost) |
||
Special : RM1500/year | FPX : 1.5% Local Kad Kredit : 1.8% Local Kad Debit : 0.8% Non-Local Kad Kredit/Debit : 2.7% |
|||
raudhahPay | Start Up (3 bulan sahaja) | FPX : RM0.80 Local Kad Kredit/Debit : 1.25% @ RM1.50 yang mana lebih tinggi |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX |
Daftar |
Silver | FPX : RM1.00 Local Kad Kredit/Debit : 2.00% @ RM1.50 yang mana lebih tinggi |
|||
Gold | FPX : RM1.00 Local Kad Kredit/Debit : 1.80% @ RM0.65 yang mana lebih tinggi |
|||
Platinum : RM999/month | FPX : RM0.50 Local Kad Kredit/Debit : 1.50% @ RM0.65 yang mana lebih tinggi |
|||
PayHalal
|
Pay Per Use | FBX (B2C) : 2.5% + RM1.00 FBX (B2B) : 2.5% + RM2.00 Local Kad Kredit/Debit : 2.5% + RM1.00 Non-Local Kad Kredit/Debit : 3.5% + RM1.00 e-Wallet : 1.5% |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX e-Wallet (mPay) |
Daftar |
SME Plan Setup Fee : RM2000 Annual Fee : RM500 |
FBX (B2C) : 1.95% @ RM0.60 (yang mana lebih tinggi) FBX (B2B) : 1.8% @ RM2.00 Local Kad Kredit/Debit : 1.95% Non-Local Kad Kredit/Debit : 2.65% e-Wallet : 1.5% |
|||
SOHO Plan Setup Fee : RM500 Annual Fee : RM200 |
FBX (B2C) : 2.25% @ RM0.60 (yang mana lebih tinggi) FBX (B2B) : 2.25% @ RM2.00 Local Kad Kredit/Debit : 2.25% Non-Local Kad Kredit/Debit : 3.25% e-Wallet : 1.5% |
|||
iPay88
|
SME Plan Setup Fee : RM488 Annual Fee : RM500 |
2.9% | Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX e-Wallet (Boost, Touch n Go, Grabpay, VCash, KipplePay, Paypal) |
Daftar |
Startup Plan Setup Fee : RM488 Annual Fee : FOC |
3.5% | |||
eGHL
|
Starter Setup Fee : RM399 Annual Fee : RM399 (Tahun pertama dikecualikan) |
2.8% | Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX |
Daftar |
Small Biz Setup Fee : RM599 Annual Fee : Dikecualikan jika jumlah transaksi > RM60000/year (Tahun pertama dikecualikan) |
2.5% | |||
Razer Merchant Service (RMS) / MOLPay
|
Lite Plan Setup Fee : RM499 Annual Fee : RM99 (Tahun pertama dikecualikan) |
FPX : 3.8% @ RM0.60 (yang mana lebih tinggi) Local Kad Kredit/Debit : 3.8% |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX |
Daftar |
Premium Plan Setup Fee : RM400 Annual Fee : RM499 |
FPX : 2.4% @ RM0.60 (yang mana lebih tinggi) Local Kad Kredit/Debit : 2.4% e-Wallet : 1.4% (Grabpay, ShopeePay, Maybank MAE, TnG) 1.6% (Boost) |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX e-Wallet (Boost, Touch n Go, Grabpay, Maybank MAE, ShopeePay) |
||
PayPal
|
Domestic : 3.9% + RM2.00 Cross Border : 4.4% + Fixed fee based on the currency received |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard, Discover American Express Malaysia Bank Transfer |
Daftar | |
Stripe
|
FPX : 3% +RM1.00 Kad Kredit/Debit : 3% + RM1.00 (+ 2% kalau ada pertukaran mata wang) e-Wallet : 2.9% + RM1.00 (Alipay) 3% (GrabPay) |
Kad Kredit/Kad Debit Visa, MasterCard FPX e-Wallet (AliPay, GrabPay) |
Daftar |
Logo BNM dan PCI DSS menunjukkan payment gateway tersebut berdaftar dengan BNM dan mematuhi standard PCI DSS berdasarkan maklumat yang terdapat di laman web rasmi BNM dan laman web gerbang pembayaran tersebut.