Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
“Berapa upah buat laman web?”
Jika anda tanya soalan ini kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan upah buat laman web, anda akan menerima jawapan yang berbeza-beza. Ini kerana tiada harga yang standard untuk servis buat laman web.
Harga bergantung kepada siapa yang anda upah. Sama ada individu atau organisasi. Harga freelancer website designer akan berbeza dengan organisasi/syarikat.
Antara sebabnya adalah…
Berikut adalah anggaran harga dan upah untuk membuat laman web bagi freelance website designer sebagai rujukan. Ini adalah harga anggaran. Bukan harga tetap.
Laman Web Landing Page : ±RM500
Laman Web Satu Halaman : ±RM1000
Laman Web Korporat : ±RM2000
Laman Web e-Dagang : ±RM4000
Laman Web Marketplace : ±RM8000
Ada faktor-faktor lain yang boleh membuatkan harga laman web itu berubah seperti :
Berapa pun harga upah untuk sesebuah laman web, apa yang penting adalah win-win situation. Anda gembira dapat laman web yang cantik, kemas dan berfungsi. Web designer pula gembira dapat upah yang setimpal dengan tenaga dan masa yang diluangkan untuk menyiapkan laman web anda.
1 Comment
Nicely put, Kudos.