5 Sebab Mengapa Anak Sukar Untuk Menghafal Sifir : Pena Hijau

5 Sebab Mengapa Anak Sukar Untuk Menghafal Sifir

ebook
Top 10 Ebook Paling Laris Sepanjang Ogos 2021
5 Sep 2021
bisnes shopee
Teknik SEBENAR Buat Duit Lumayan Dengan Shopee
28 Jan 2022
ebook
Top 10 Ebook Paling Laris Sepanjang Ogos 2021
5 Sep 2021
bisnes shopee
Teknik SEBENAR Buat Duit Lumayan Dengan Shopee
28 Jan 2022
hafal sifir
icon follow us

Sudah menjadi satu kerisauan kepada para ibu bapa apabila usia anak-anak kita semakin meningkat tetapi masih tidak mampu untuk hafal sifir. Ini kerana menghafal sifir adalah asas penting yang diperlukan untuk menguasai Matematik.

Jika anak-anak kita masih gagal untuk menghafal sifir walaupun rakan-rakan mereka sudah berjaya menghafalnya dengan mudah..
Adakah ini bermakna anak-anak kita kurang bijak ataupun ada sebarang penyakit yang menyukarkan mereka untuk menghafal sifir dengan lancar?

Rileks, ia bukanlah seperti apa yang kita fikirkan. Setiap orang ada keistimewaannya dan cara pemahaman tersendiri dalam menghafal sifir. Kita sebagai ibu bapa perlu tahu sebab mengapa mereka tidak berjaya hafal sifir dan ketahui teknik yang berkesan untuk menghafalnya.

Sebab Sukar Menghafal Sifir

Berikut antara 5 sebab mengapa anak-anak kita sukar untuk menghafal sifir.

#1 – Tidak Belajar Asas Sifir

Kurikulum di sekolah pada hari ini adalah sangat padat dan dipenuhi dengan topik-topik baru. Para guru selalunya terpaksa mengajar sedikit sahaja tentang asas menghafal sifir dan Matematik kerana risau mereka tidak cukup masa untuk mengejar tajuk-tajuk Matematik yang lain sebelum peperiksaan bermula.

#2 – Belajar Menghafal Sifir mengikut Turutan yang Salah

Semua menyangka bahawa perlu untuk mengajar mereka menghafal sifir mengikut turutan sifir 1,2,3 dan seterusnya, tapi sebenarnya ada cara yang lebih baik. Kita perlu membimbing mereka dengan cara lebih strategik untuk hafal sifir – dimulakan dengan sifir 1, 2, 10, 5, 4, 3, 6, 9, 7, 8. Ia mampu membina keyakinan dalam diri anak-anak kita untuk menghafal sifir kerana ianya bermula dengan sifir yang paling mudah dan berperingkat kepada sifir yang lebih sukar.

#3 – Kesilapan Dalam Teknik & Strategi Menghafal

Kita tahu bahawa strategi matematik adalah sangat penting untuk pendaraban. Tapi jika kita menghafal sifir tanpa strategi yang betul dan berkesan, anak-anak kita terpaksa bergelut untuk menghafal sifir. Berikan masa yang cukup untuk anak-anak kita memahami sifir terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka menghafalnya.

#4 – Kurang Memahami “Commutative Property

Kebiasaannya,anak-anak kita akan melihat nombor pertama sebelum mampu menjawab soalan berkaitan dengan sifir. Sebagai contoh untuk sifir 7, 7×4 mungkin kelihatan agak susah untuk dijawab pada awalnya kerana 7 itu nombor besar. Anak kita hanya perlu mengubahnya menjadi 4×7 untuk memudahkan mereka menjawab soalan sifir ini.

#5 – Tidak Melihat Perkaitan Antara Sifir

Jadual sifir darab adalah berkaitan antara satu dengan yang lain. Kita boleh gunakan apa sahaja yang kita tahu untuk menyelesaikan setiap persoalan. Ramai lihat 5×6 dan 6×6 adalah dalam jadual sifir yang berbeza, tapi realitinya 6×6 adalah kumpulan yang sama dengan 5×6 – hanya perlu tambah 6 untuk mendapatkan nilainya.

 

Anak kita mempunyai kebolehan yang unik dan sangat memerlukan cara terbaik dan terbukti berkesan untuk mendorong mereka menghafal sifir dengan lebih lancar. Jika mereka mula menguasainya dengan cara yang betul, pasti tiada masalah pada masa depan.

Teknik yang paling berkesan untuk mendorong mereka menghafal sifir di rumah ialah dengan menggunakan teknik Flash Card dengan “Gaya MathMedic” yang diperkenalkan oleh Encik Osman Affan, seorang trainer yang mengajar cara untuk menguasai Matematik dengan mudah.

Dengan teknik hafal sifir “Gaya MathMedic” ini, anak-anak kita pasti mampu menghafal sifir dengan lancar dalam masa 14 hari sahaja. Malahan flash card yang dihasilkan juga tidak memerlukan sebarang modal untuk menghasilkannya.

Kini anak-anak kita mampu mula menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas di rumah TANPA perlu menghantar mereka menghadiri sebarang tuisyen dan tanpa sebarang paksaan serta drama air mata lagi.

Bayangkan dalam masa 14 hari daripada sekarang anak-anak kita mampu menghafal sifir dan menguasai Matematik dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah. Pasti para guru mereka berasa sangat terkejut melihat perubahan anak-anak kita!

Jom belajar cara menghafal sifir “Gaya MathMedic” yang mampu membantu anak-anak kita menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas dalam 14 hari sahaja di : https://bit.ly/eBookHafalSifir

Klik pada laman Buku & eBook atau laman Jomshopping untuk senarai buku yang lain.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

5 Sebab Mengapa Anak Sukar Untuk Menghafal Sifir
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more