Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Minuman kesihatan pilihan ramai dengan pengiktirafan KKM, Halal dan GMP – Dcolzz Susu Kolostrum dengan Ekstrak Kurma dan Aquamin F.
Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam diri manusia. Lebih-lebih lagi, pada masa kini manusia semakin terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah kesihatan, berikutan gaya hidup yang semakin mencabar. Terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang dari segi mental mahupun fizikal.
Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia ialah kurang melakukan senaman dan mudah mendapat risiko penyakit jantung. Pemakanan yang tidak seimbang atau aktiviti yang tidak sihat, seperti merokok dan minuman beralkohol/bergas boleh menyebabkan toksik terkumpul di dalam usus serta badan dan seterusnya menyebabkan berlaku kerosakan sel badan dengan mudah. Gaya hidup moden yang lebih stress, masalah keluarga, kewangan, keluar pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang!
Adakah anda sedar yang sistem pertahanan badan anda sudah “lemah“? Ya! Apa yang saya maksudkan adalah sistem IMUNISASI BADAN anda! Kerana badan kita mempunyai sistem imunisasi yang tersendiri untuk melawan penyakit serta mencipta penawar untuk virus.
Sistem imun adalah satu-satunya pertahanan badan untuk melawan serangan penyakit. Jika sistem imun badan lemah, seseorang sangat mudah jatuh sakit. Lama-kelamaan pula berpotensi besar untuk mendapat penyakit kronik seperti kanser.
Dengan pemakanan yang berkhasiat, InsyaAllah banyak penyakit merbahaya yang mampu dicegah. Bukan itu sahaja, malah semua masalah harian yang lain juga akan dapat diatasi seperti lesu, rasa lemah, sakit-sakit urat dan lain-lain.
Memperkenalkan produk minuman kesihatan sunnah yang telah mendapat pengiktirafan KKM, Sijil Halal dan pengiktirafan GMP – Dcolzz Plus Susu Kolostrum Dengan Ekstrak Kurma. Produk ini telah berada di pasaran sejak tahun 2016 lagi dan alhamdulillah telah mambantu ribuan rakyat Malaysia untuk mendapat khasiat yang sempurna setiap hari!
Produk Dcolzz ini sangat unik kerana bahan utamanya sukar didapati dan penuh dengan khasiat iaitu SUSU KOLOSTRUM yang diimport khas daripada New Zealand.
Susu Kolostrum adalah susu pertama yang dikeluarkan oleh ibu lembu selepas melahirkan anak lembu. Ianya amat kaya dengan antibodi dan menjadi “imune booster” sebagaimana susu ibu yang baru melahirkan anak.
Berdasarkan kajian, kualiti susu kolostrum yang terbaik adalah daripada baka lembu yang terdapat di New Zealand.
“Kolostrum lembu mengandungi IgF-B yang mempunyai kesan penting untuk menekan kejadian akibat daripada bahan cytoxic (sebagai anti keradangan). Mencegah kadar pembiakan sel kanser Osteosarcoma sebanyak 75%. Sebagai penyelaras fibrosis dan angiogenessis (memperbaiki otot jantung dan arteri darah) , mempercepatkan penyembuhan luka dan pembentukan tulang”
DRS. TOKUYAMA AND TOKUYAMA: CANCER RESEARCH INST. KANAZAWA UNIVERSITY JAPAN
“Glycoprotein yang tedapat di dalam kolostrum lembu dapat mengelakkan serangan bakteria pyloro-spirillum yang mengakibatkan bisul perut (gastric ulcer). Selain itu kolsotrum turut mempunyai kandungan Interleukine-10 yang amat tinggi ( iaitu sejenis agen yang kuat menghalang kejadian keradangan), ternyata amat berkesan sekali untuk mengurangkan keradangan yang terjadi pada sendi-sendi dan kecederaan luaran”
DR OLLE HERNEL, UNIVERSITY IF ULMEA, SWEDEN : SCIENCE
“Faktor A, sejenis pendorong pertumbuhan tulang rawan (cartilage), telah dijumpai didalam kolostrum, dapat merangsang pemulihan tulang rawan”
PROF. SEYEDIN, THOMPSON, BENTZ ET. AL : JOURNAL OF BIOLOGICAL CHEMESTRY
”Koslotrum mengandungi bahan pencegah yang belum dikenali, yang dapat menyekat sebilangan besar penyakit pernafasan khasnya virus selsema ( influenza ). Dengan kesan yang ketara, kolostrum dapat menentang virus-virus Asian Flu yang asalnya daripada haiwan/mutasi manusia yang telah tercetus dengan tiba-tiba dan mendatangkan maut.”
PROF. DR SHORTRIDGE, JOURNAL OF TROPICAL PEDIATRICS
“Kajian mendapati jika penerimaan kolostrum terus secara mulut, aktiviti biologi IgG dapat dipelihara didalam usus orang dewasa dan mewujudkan imunisasi dalaman yang aktif untuk mencegah dan merawat penyakit usus yang tenat”
DR L.B. KHAZENSON : MICROBIAL & EPIDERMIAL IMMUNOBIOLOGY
“Pada hakikatnya, kolostrum amat selamat dan merupakan hadiah daripada alam semulajadi sebagai makanan pertama untuk bayi. Adalah mustahil untuk memikirkan lain-lain makanan berkhasiat yang lebih semulajadi dan berfaedah selain kolostrum. Setelah beratus-ratus tahun dimakan oleh manusia, masih belum ditemui sebarang laporan atau kata-kata bercanggahan yang mengatakan bahawa ada kesan sampingan atau alahan setelah memakan kolostrum lembu”
PROF DR. ROBERT PRESTON, INST. PENGAJIAN NUTRIEN ANTARABANGSA
Kajian ini juga telah diiktiraf oleh badan kesihatan terkemuka di dunia dengan 100% selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.
Dcolzz Plus juga dilengkapi dengan ekstrak kurma yang merupakan makanan sunnah.
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut”
[Hadis Riwayat Al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
“Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi”
[Hadis Riwayat Muslim (2048)]
6 Khasiat utama kurma :
Dcolzz Plus juga mengandungi Aquamin F iaitu tumbuhan laut yang yang unik dari rumpai laut merah yang mengandungi multimineral kompleks. Ia memberikan kalsium bio aktif dan magnesium serta 74 mineral surih yang membawa kepada kesihatan yang terbaik bagi tulang dan badan secara menyeluruh.
Ia mampu menyerap nutrien yang baik serta mengoptimumkan tahap mineral mengikut keperluan di dalam badan. Aquamin F juga mempunyai deria yang unik di mana ianya mampu mengenalpasti mineral yang perlu atau tidak di dalam sistem tubuh manusia.
Aquamin adalah pilihan semula jadi yang diperkayakan oleh semua kebaikan makanan dan suplemen kesihatan di pelbagai peringkat.
Alhamdulillah dengan khasiat luar biasa Susu Kolostrum, Kurma serta Aquamin F yang terkandung di dalam minuman kesihatan Dcolzz ini, ramai yang telah dapat menyembuh pelbagai penyakit dengan izin Allah.