Pembedahan LASIK : Adakah ia sesuai untuk anda? : Pena Hijau

Pembedahan LASIK : Adakah ia sesuai untuk anda?

Berbasikal hobi sihat
Jom Sihat Dengan Berbasikal
30 Nov 2020
minuman kesihatan susu kolostrum
Minuman Kesihatan Dcolzz Plus Susu Kolostrum dengan ekstrak kurma
30 Jan 2022
Berbasikal hobi sihat
Jom Sihat Dengan Berbasikal
30 Nov 2020
minuman kesihatan susu kolostrum
Minuman Kesihatan Dcolzz Plus Susu Kolostrum dengan ekstrak kurma
30 Jan 2022
lasik
icon follow us

Jika anda bosan memakai cermin mata atau kanta sentuh, anda mungkin tertanya-tanya sama ada pembedahan LASIK sesuai untuk anda. LASIK ialah sejenis pembedahan mata biasan.

Secara umumnya, kebanyakan orang yang menjalani laser-assisted in situ keratomileusis (LASIK) mencapai penglihatan 20/20 atau lebih baik. Tetapi kebanyakan orang masih memerlukan cermin mata untuk memandu pada waktu malam atau membaca apabila mereka semakin tua.

Pembedahan LASIK mempunyai rekod prestasi yang baik. Komplikasi yang mengakibatkan kehilangan penglihatan jarang berlaku dan kebanyakan orang berpuas hati dengan hasilnya. Kesan sampingan tertentu seperti mata kering dan gangguan penglihatan sementara (seperti silau) adalah perkara biasa yang akan hilang selepas beberapa minggu atau bulan.

Pembedahan Mata LASIK

Terdapat beberapa variasi pembedahan laser refraktif yang mana LASIK adalah yang paling terkenal dan paling kerap dilakukan.

Biasanya, imej tertumpu pada retina di bahagian belakang mata. Mereka yang mempunyai masalah rabun dekat, rabun jauh atau astigmatisme, imej tertumpu sama ada di hadapan atau di belakang retina yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur.

  • Rabun jauh (myopia) ialah keadaan di mana anda melihat objek berhampiran dengan jelas, tetapi objek jauh menjadi kabur. Apabila bola mata anda lebih panjang sedikit daripada biasa atau apabila kornea melengkung terlalu tajam, sinaran cahaya tertumpu di hadapan retina dan mengaburkan penglihatan jauh. Anda boleh melihat objek yang dekat dengan lebih jelas, tetapi bukan objek yang jauh.
  • Rabun dekat (hyperopia) ialah keadaan di mana anda boleh melihat objek jauh dengan jelas, tetapi objek berdekatan adalah kabur. Apabila anda mempunyai bola mata yang lebih pendek daripada biasa atau kornea yang terlalu rata, cahaya memfokus di belakang retina dan bukannya padanya. Ini mengaburkan penglihatan dekat dan kadangkala penglihatan jauh.
  • Astigmatisme / rabun silau menyebabkan keseluruhan penglihatan kabur. Apabila kornea melengkung atau meleper tidak sekata mengakibatkan astigmatisme yang mengganggu tumpuan penglihatan dekat dan jauh.

Secara tradisinya, penglihatan kabur dibetulkan dengan membengkokkan (membiaskan) sinaran cahaya dengan cermin mata atau kanta sentuh. Selain itu, membentuk semula kornea (tisu telus berbentuk kubah di hadapan mata anda) itu sendiri juga boleh memberikan pembetulan biasan dan penglihatan yang diperlukan.

Adakah mata anda sihat?

Secara umum, pembedahan laser mata adalah paling sesuai untuk orang yang mempunyai tahap ralat biasan yang sederhana dan tiada masalah penglihatan yang luar biasa.

Pakar bedah mata akan bertanya soalan terperinci tentang kesihatan mata anda dan menilai mata anda untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang keadaan yang mungkin mengakibatkan komplikasi atau hasil pembedahan yang buruk. Ini termasuk :

  • Penyakit mata yang mengakibatkan kemerosotan progresif penglihatan anda dan penipisan kornea anda, seperti keratoconus. Malah, jika keratoconus ada dalam keluarga anda, walaupun anda tidak mempunyainya, berhati-hati dengan pembedahan mata elektif.
  • Keradangan (seperti keratitis atau uveitis) dan jangkitan (seperti herpes simplex) yang menjejaskan mata.
  • Kecederaan mata atau gangguan kelopak mata.
  • Mata kering. Adalah penting untuk mengetahui jika anda mempunyai masalah mata kering. Pembedahan LASIK boleh memburukkan lagi keadaan.
  • Anak mata besar. Jika anak mata anda besar, terutamanya dalam cahaya malap, LASIK mungkin tidak sesuai. Pembedahan boleh mengakibatkan gejala seperti silau, lingkaran cahaya, pecah bintang dan imej hantu.
  • Glaukoma. Prosedur pembedahan boleh meningkatkan tekanan mata anda, yang boleh memburukkan glaukoma.
  • Katarak.

Anda juga mungkin perlu mengambil kira perkara berikut sebelum membuat keputusan untuk menjalani pembedahan LASIK :

  • Anda mengalami rabun dekat yang teruk atau telah didiagnosis dengan ralat biasan yang tinggi.
  • Anda mempunyai penglihatan (keseluruhan) yang cukup baik dan hanya menggunakan kanta lekap atau cermin mata pada masa-masa tertentu, penambahbaikan daripada pembedahan mungkin tidak sepadan dengan risikonya.
  • Anda mengalami perubahan mata yang berkaitan dengan usia yang menyebabkan anda mempunyai penglihatan yang kurang jelas (presbyopia).
  • Anda bergiat secara aktif dalam sukan yang melibatkan sentuhan. Jika anda kerap menerima pukulan pada muka dan mata, seperti semasa seni mempertahankan diri atau bertinju, pembedahan LASIK mungkin bukan pilihan yang baik untuk anda.

Adakah anda sihat?

Pakar bedah mata juga akan bertanya soalan terperinci tentang kesihatan umum anda. Dalam keadaan tertentu, yang tidak berkaitan dengan mata anda, boleh meningkatkan risiko yang berkaitan dengan pembedahan LASIK. Contohnya :

  • Sebarang penyakit atau keadaan yang menjejaskan sistem imun anda dan menjejaskan keupayaan anda untuk sembuh atau menjadikan anda lebih terdedah kepada jangkitan seperti rheumatoid arthritis, lupus, HIV dan gangguan autoimun yang lain.
  • Mengambil ubat imunosupresif untuk sebarang sebab.
  • Diabetes yang tidak terkawal, yang boleh menyebabkan anda berisiko mendapat komplikasi, seperti diabetic retinopathy.

Adakah penglihatan anda stabil?

Jika anda mempunyai rabun jauh, penglihatan anda mungkin terus berubah sepanjang tahun. Oleh itu, anda harus berumur lebih dari 18 tahun dan sebaik-baiknya lebih tua, sebelum mempertimbangkan pembedahan mata LASIK .

Keadaan dan ubat-ubatan tertentu — kehamilan, penyusuan susu ibu, ubat steroid — boleh menyebabkan turun naik sementara dalam penglihatan anda. Tunggu sehingga penglihatan anda stabil sebelum mempertimbangkan pembedahan mata LASIK.

Apakah kemungkinan kesan sampingan dan komplikasi?

Walaupun komplikasi yang mengakibatkan kehilangan penglihatan jarang berlaku, kesan sampingan tertentu terutamanya mata kering dan gangguan penglihatan sementara adalah perkara biasa yang mengambil masa beberapa minggu atau bulan dan sangat sedikit orang menganggapnya sebagai masalah jangka panjang. Berikut adalah kemungkinan komplikasi daripada pembedahan LASIK :

  • Mata kering. Pembedahan LASIK menyebabkan penurunan sementara dalam pengeluaran air mata. Untuk enam bulan pertama atau lebih selepas pembedahan, mata anda mungkin berasa kering dalam tempoh penyembuhan. Walaupun selepas sembuh, anda mungkin mengalami peningkatan gejala mata kering. Doktor mata mungkin mengesyorkan anda menggunakan titisan mata pada masa ini. Jika anda mengalami mata kering yang teruk, anda boleh memilih prosedur lain untuk memasang palam khas pada saluran air mata anda untuk mengelakkan air mata anda mengalir keluar dari permukaan mata anda.
  • Silau, lingkaran cahaya dan penglihatan berganda. Selepas pembedahan anda mungkin mengalami kesukaran untuk melihat pada waktu malam. Anda mungkin melihat silau, lingkaran cahaya di sekeliling lampu terang atau penglihatan berganda. Ini biasanya berlangsung beberapa hari hingga beberapa minggu, tetapi ia juga boleh menjadi masalah kronik.
  • Kurang pembetulan. Jika laser mengeluarkan terlalu sedikit tisu dari mata anda, anda tidak akan mendapat hasil penglihatan yang lebih jelas seperti yang anda harapkan. Anda mungkin memerlukan satu lagi pembedahan refraktif (dipanggil peningkatan) dalam masa setahun untuk mengeluarkan lebih banyak tisu.
  • Pembetulan berlebihan. Ia juga mungkin terjadi apabila laser akan mengeluarkan terlalu banyak tisu dari mata anda. Pembetulan yang berlebihan mungkin lebih sukar untuk diperbaiki daripada pembetulan yang kurang.
  • Astigmatisme. Astigmatisme boleh disebabkan oleh penyingkiran tisu yang tidak rata. Ia mungkin memerlukan pembedahan tambahan, cermin mata atau kanta sentuh.
  • Ektasia kornea. Ektasia kornea adalah salah satu komplikasi yang lebih serius dan berlaku kerana rabun jauh yang progresif akibat curam kelengkungan kornea.
  • Masalah flap. Percubaan untuk menyingkirkan flap dari mata depan semasa pembedahan boleh menyebabkan komplikasi, termasuk jangkitan dan koyak berlebihan. Lapisan tisu kornea paling luar (epitelium) mungkin tumbuh secara tidak normal di bawah flap semasa proses penyembuhan.
  • Kehilangan atau perubahan penglihatan. Jarang sekali berlaku, anda mungkin mengalami kehilangan penglihatan akibat komplikasi pembedahan. Sesetengah orang juga mungkin tidak melihat dengan tajam atau jelas seperti sebelum ini.

LASIK dan cermin mata membaca

Menjelang awal hingga pertengahan 40-an, semua orang dewasa kehilangan sedikit keupayaan untuk memfokus pada objek berdekatan (presbyopia), yang mengakibatkan kesukaran membaca cetakan kecil atau melakukan tugasan dekat.

Jika anda seorang dewasa yang lebih tua ingin menjalani pembedahan LASIK, anda boleh memilih untuk mempunyai monovision untuk mengekalkan keupayaan anda untuk melihat objek dari dekat. Dengan monovision, satu mata dibetulkan untuk penglihatan jauh dan mata yang lain dibetulkan untuk penglihatan dekat. Tidak semua orang dapat menyesuaikan diri dengan monovision. Seeloknya lakukan percubaan dengan kanta sentuh sebelum menjalani prosedur pembedahan kekal.

Apakah jangkaan anda untuk LASIK?

Kebanyakan orang yang menjalani pembedahan LASIK akan mempunyai penglihatan yang baik hingga cemerlang dalam kebanyakan situasi, selama bertahun-tahun atau beberapa dekad. Anda boleh bersukan dan berenang tanpa perlu risau tentang cermin mata atau kanta sentuh anda. Tetapi apabila anda semakin tua atau dalam keadaan cahaya malap, anda mungkin masih perlu memakai cermin mata.

Berapakah kos untuk pembedahan LASIK?

Kebanyakkan pelan insurans menganggap pembedahan laser mata sebagai prosedur elektif dan tidak menanggung kos tersebut. Oleh itu, anda perlu mengeluarkan kos sendiri untuk menjalani pembedahan LASIK. Di Malaysia, terdapat beberapa intitusi kesihatan yang menawarkan pembedahan LASIK dengan tawaran harga yang berbeza-beza. Anda mungkin boleh membuat tinjauan sendiri atau bertanya terus kepada mereka yang berkenaan.

Berikut adalah beberapa pusat pakar rawatan mata di Malaysia :

Bagi anda yang tinggal di Kelantan/Terengganu yang berminat untuk menjalani pembedahan LASIK, mungkin boleh menunggu sedikit masa lagi apabila Hospital USM (HUSM) menawarkan perkhidmatan laser refraktif ini.

lasik di husm

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Pembedahan LASIK : Adakah ia sesuai untuk anda?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more