Selamat Mengundi Buat Warga Johor di PRN Johor 2022 : Pena Hijau

Selamat Mengundi Buat Warga Johor di PRN Johor 2022

ahlan ya ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1443H
2 Mar 2022
adik raudah
Moga Diberi Kesembuhan Buat Adik Raudhatus Solehah
28 Apr 2022
ahlan ya ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1443H
2 Mar 2022
adik raudah
Moga Diberi Kesembuhan Buat Adik Raudhatus Solehah
28 Apr 2022
prn johor
icon follow us

“Penyampai mohor” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Negeri PRN Johor 2022 akan diadakan esok, 09 Syaaban 1443H / 12 Mac 2022 bermula jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Warga Johor akan sambut “raya” awal ~ PRN Johor Ke-15. 😀

Buat warga Johor yang berkelana, mungkin berkira-kira nak pulang atau tak. Maklum la kes COVID-19 dalam negara makin tinggi. Jika pulang ke Johor untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, jagalah SOP semasa berada di pusat-pusat pengundian PRN esok. Anda ada hak untuk memilih. Satu undi anda amat berharga. Gunakan kuasa memilih anda untuk memilih bakal pemimpin kawasan anda yang boleh bertanggungjawab dan dapat mengangkat martabat Islam. Itulah tugas khalifah di atas bumi Allah yang fana ini. Lagipun alang-alang balik mengundi boleh juga tengok mak ayah.

Sebelum pergi mengundi, semak dahulu daftar pemilih melalui URL https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih. Mane la tau kot-kot tiada rekod. Kalau rekod ada, keluar lah segala maklumat tempat mengundi, saluran mengundi, waktu dan lain-lain. Selain tu, semak juga siapa calon-calon anda. Kaji dulu siapa yang layak, siapa yang boleh mewakili kawasan anda sebelum anda pangkah pada kertas undi. Anda boleh semak calon PRN Johor 2022 di URL https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon.

Selamat mengundi.

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Selamat Mengundi Buat Warga Johor di PRN Johor 2022
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more